• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Guan Eng Naik Angin Diminta Letak Jawatan

oleh
02/04/2019
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Menteri Kewangan, Lim Guan Eng naik angin gara-gara diminta untuk meletak jawatan oleh ahli Parlimen Ayer Hitam, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong.

Ini kerana Ka Siong ketika membahaskan Rang Undang-Undang Perbekalan Tambahan 2018 telah menuduh Guan Eng menyelewengkan fakta berkenaan penjualan hartanah milik Malaysia di Hong Kong.

“Sebelum saya mulakan dengan jawapan rasmi saya, saya amat tertarik dengan Ayer Hitam (Ka Siong) yang telah membuat satu lagi tuduhan terhadap saya sampai beliau bersama rakan-rakan ekstremis beliau meminta saya meletak jawatan. Jadi itulah wajah parti yang beliau pimpin.

“Ayer Hitam minta saya letak jawatan atas satu penjualan hartanah yang diluluskan oleh kerajaan BN. Yang kita persoalkan ialah mengapa tidak dijalankan secara tender terbuka. Bila tender terbuka kita boleh dapat nilai dan harga yang lebih tinggi.

“Kerajaan terima di antara tawaran adalah RM1.6 bilion. Sekarang Yang Berhormat cakap saya telah silap. Yang diterima ini bukan RM1.6 bilion tetapi 1.6 bilion Hong Kong dolar iaitu lebih rendah daripada RM1.1 bilion secara rundingan terus.

“Adakah Menteri Kewangan tidak tahu perbezaan di antara Hong Kong dolar dengan Ringgit?” katanya ketika sesi penggulungan perbahasan.

Justeru itu katanya, beliau akan menunjukkan surat tawaran untuk membeli bangunan itu pada hari esok.

“Saya tunjukkan surat di mana ada tawaran untuk membeli bangunan sebanyak RM1.6 bilion, adakah Ayer Hitam letak jawatan sebagai ahli Parlimen?

“Esok saya akan tunjuk surat tawaran untuk beli bangunan sebanyak RM1.6 bilion,” katanya.

Terdahulu Ka Siong di dalam perbahasannya memberitahu hasil semakan beliau dengan pemain industri di Hong Kong mendapati harga yang ditawarkan untuk pembelian hartanah tersebut ialah 1.6 bilion dolar Hong Kong, bukannya Ringgit Malaysia seperti yang diberitahu Guan Eng sebelum ini.

“Tempoh hari semasa penggulungan titah diraja, Menteri Kewangan sendiri ada berkata kononnya kerajaan terdahulu tidak pandai. Salah satu contoh yang diambil ialah tanah atau bangunan Malaysia yang dijual di Hong Kong.

“Saya dah semak, pemain industri di Hong Kong memberitahu saya memang ada tawaran untuk mendapatkan bangunan Malaysia. Tapi harga yang ditawarkan ialah 1.6 bilion Hong Kong dollar, bukan RM1.6 bilion seperti yang dikatakan Menteri Kewangan.

“Saya dimaklumkan nilai pasaran hartanah lebih kurang 1.6 – 1.7 bilion Hong Kong dollar bersamaan RM800 juta selepas dinilai bersandarkan kepada keadaan bangunan serta status pajakan yang hanya berbaki sembilan tahun.

“Jangan kita nak sama ratakan nilai matawang kita dengan matawang Hong Kong. Jadi saya memberi ruang kepada Menteri Kewangan untuk menunjukkan laporan penilaian sebenar bangunan tersebut dan juga nilai rizab tender yang dikatakan mencecah RM1.6 bilion sepertimana yang dijanjikan oleh Menteri Kewangan,” katanya.

Justeru itu, beliau menggesa Guan Eng untuk bertanggungjawab dan meletakkan jawatan sekiranya apa yang didakwanya itu benar. – Agenda News

Tags: bangunan malaysiaKonsulat Hong KongLim Guan EngWee Ka Siong
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Lim Guan Eng Saran PMX Anwar Sasar Pihak Bank, Bukan Golongan T20

Lim Guan Eng Saran PMX Anwar Sasar Pihak Bank, Bukan Golongan T20

13/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Penasihat DAP, Lim Guan Eng menyarankan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim supaya menyasarkan pihak bank berbanding...

Lim Guan Eng Tegur PMX Anwar: Tidak Patut Memecahbelahkan Rakyat Golongan T20, 80 Peratus

Lim Guan Eng Tegur PMX Anwar: Tidak Patut Memecahbelahkan Rakyat Golongan T20, 80 Peratus

13/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak sepatutnya memecahbelahkan rakyat kepada 'kami' dan 'mereka' iaitu golongan berpendapatan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd