• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Godam Telefon Menteri, AG Dan KSN Isu Serius

oleh
30/04/2019
dalam Jenayah, Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) memandang serius isu beberapa telefon bimbit termasuk milik Peguam Negara, Tommy Thomas dan beberapa menteri digodam.

Timbalan Menterinya, Eddin Syazlee Shith berkata Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) bersedia membantu Polis Diraja Malaysia (PDRM) dengan memberikan maklumat yang diperlukan bagi menyelesaikan masalah itu.

“Apabila melibatkan individu penting seperti Peguam Negara dan menteri, ia melibatkan kepentingan kerajaan. Kita bimbang perkara ‘classified’ (rahsia) itu akan dikongsikan oleh pihak tidak bertanggungjawab. Ia akan memberikan kesan tidak baik kepada negara dan kerajaan.

“MCMC (SKMM) perlu membuat kajian lebih terperinci, bagaimana isu tersebut boleh berlaku, kerana ia melibatkan kepentingan kerajaan. Kes ini di bawah siasatan polis dan kita sedia memberikan kerjasama,” katanya kepada pemberita di lobi Parlimen hari ini.

Beliau berkata demikian ketika ditanya laporan sebuah portal berita hari ini bahawa Cawangan Khas mengesahkan beberapa telefon bimbit, termasuk milik Ketua Setiausaha Negara, Ismail Bakar dikatakan digodam minggu lepas dan laporan polis dibuat mengenai perkara itu.

Eddin Syazlee berkata teknologi sentiasa berkembang dengan pantas dan SKMM perlu lebih berhati-hati untuk memastikan isu godam tidak berlaku pada masa akan datang.

“Perkara yang berlaku ini adalah di luar jangkaan. Saya ingat kita perlu bersedia mempertingkatkan teknologi supaya isu yang sedemikian dapat ditangani dengan baik pada masa akan datang,” katanya.

Tags: MenteriSKMMtelefon digodamTommy Thomas
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

KPT Tiada Kaitan, Tidak Setuju Pengiktirafan UEC?

KPT Tiada Kaitan, Tidak Setuju Pengiktirafan UEC?

27/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) tidak mempunyai kaitan dengan cadangan pengiktirafan Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC) sebagai syarat kemasukan...

‘Masa Saya Presiden Majlis Belia Malaysia, Menteri Gerun Kepada Saya’ – PMX Anwar

‘Masa Saya Presiden Majlis Belia Malaysia, Menteri Gerun Kepada Saya’ – PMX Anwar

15/05/2026
0

SEREMBAN – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata para menteri suatu ketika dahulu berasa gerun terhadap beliau semasa memegang...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd