• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, September 18, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Forum Statut Rom Panas, Hina Raja-Raja Melayu?

oleh
28/04/2019
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Suasana di Auditorium Tun Mohamed Suffian, Universiti Malaya Kuala Lumpur menjadi tegang seketika pada sesi soal jawab Forum Awam & Statut Rom Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) di sini, hari ini.

Forum tersebut mencetuskan kontroversi apabila ucapan ahli politik veteran, Syed Husin Ali. mendakwa golongan Raja-Raja Melayu telah merompak wang rakyat.

Ucapan bekas Timbalan Presiden PKR itu mendapat tepukan dan sorakan hadirin yang seolah-olah bersetuju.

Malah Syed Husin turut mengeluarkan kenyataan mengapa rakyat membahasakan diri sebagai patik ketika bersama raja kerana patik itu bermaksud anjing selain perkataan menjunjung duli bermaksud tapak kaki yang berdebu.

Kekecohan bermula apabila bekas Ketua Pemuda UMNO Wilayah, Datuk Mohd. Razlan Rafii tidak berpuas hati dengan barisan ahli panel forum berkenaan yang didakwa tidak profesional apabila menggelarkan pihak lain sebagai bodoh dan professor kangkung ketika berucap.

Razlan berkata, gelaran yang ditujukan kepada empat ahli akademik yang membuat pembentangan mengenai Status Rom kepada Majlis Raja-raja tidak sesuai pada forum yang disifatkan ilmiah.

“Kita semua yang hadir ke sini berpelajaran tetapi tadi ada panel menggelar orang lain bodoh dan menggelar empat profesor itu sebagai bodoh.

“Kita semua sepatutnya boleh bercakap dan kamu pun boleh bercakap tetapi kamu tak sepatutnya menggelar orang lain bodoh, kangkung,” tegasnya.

Tindakan Mohd. Razlan bagaimanapun mencetuskan rasa tidak puas hati dalam kalangan hadirin hingga yang menjerit dan meminta beliau duduk.

Beliau yang ditemui media berkata, dakwaan Peguam Negara, Tommy Thomas yang kerajaan Barisan Nasional pernah bersetuju untuk meratifasikan Statue Rom tidak benar.

Ini kerana Kabinet pada 2011 hanya bersetuju mengkaji perjanjian itu sahaja namun tidak meneruskannya untuk diratifikasi.

Forum itu membariskan Tommy, anggota G25, Noor Farida Ariffin, pakar perlembagaan Professor Emeritus Dr. Shad Saleem Faruqi dan peguam Lim Wei Jiet serta Syed Husin.

Penganjur forum yang juga aktivis pelajar Asheeq Ali Sethi Alivi sebelum ini turut menjemput empat ahli akademik yang menulis ringkasan Statut Rom kepada Majlis Raja-raja untuk menyertai forum berkenaan.

Bagaimanapun, keempat-empat mereka tidak hadir. – MalaysiaGazette

Tags: pakatan harapanRaja-Raja MelayuStatut Rom
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Sokongan Terhadap PH, DAP Meningkat Selepas Sidang Khas RCI Tabung Haji?

Sokongan Terhadap PH, DAP Meningkat Selepas Sidang Khas RCI Tabung Haji?

12/08/2026
0

KUALA LUMPUR – Sokongan rakyat khususnya orang Melayu terhadap Pakatan Harapan (PH) di platform media sosial dipercayai meningkat selepas sidang...

Tsunami Rakyat Gelombang Merah Akan Bermula Di Perak – Nga Kor Ming

Tsunami Rakyat Gelombang Merah Akan Bermula Di Perak – Nga Kor Ming

10/08/2026
0

IPOH - Timbalan Pengerusi Kebangsaan DAP, Nga Kor Ming mendakwa tsunami rakyat gelombang merah akan bermula di bumi bertuah Perak...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd