• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, September 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

FB ‘Sabah-Sarawak Merdeka’ Mungkin Milik Warga Asing

oleh
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUANTAN – Polis tidak menolak kemungkinan akaun Facebook ‘Sabah-Sarawak Merdeka’ dikendalikan warga asing yang berniat jahat untuk menggugat keharmonian di negara ini.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun berkata, ia berikutan pihaknya sukar mengesan suspek terlibat selepas laman berkenaan ditutup pada minggu lalu dan hanya boleh diakses dari luar negara.

Pengendali ‘Sabah-Sarawak Merdeka’ diburu polis selepas menerima aduan pada 12 April lalu berhubung kebiadapan pengendali laman Facebook tersebut yang kerap menghina Yang Di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah serta raja-raja Melayu.

“Hanya beberapa hari lalu ia (laman ‘Sabah-Sarawak Merdeka’) dibuka semula. Kita perlu bantuan pihak SKMM (Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia) untuk mengesan suspek-suspek yang terlibat.

“Laman Facebook ini sudah tidak boleh diakses di negara ini. Kita juga perlu minta bantuan sama ada (pihak) di Singapura atau Amerika Syarikat dan proses ini mestilah melalui Pejabat Peguam Negara,” kata beliau.

Mohamad Fuzi berkata demikian selepas menyampaikan Pingat Jasa Pahlawan Negara kepada 222 anggota serta pegawai Pasukan Gerakan Am Polis Diraja Malaysia (PDRM) Zon Timur di Markas Briged Tenggara di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Mohamad Fuzi berkata, sebanyak 267 laporan telah diterima pihaknya dari seluruh negara sehingga Jumaat lalu dan polis tidak pernah berdiam diri dalam usaha memburu suspek-suspek terlibat. – K! ONLINE

Tags: facebookHina Agonghina sultanSabahsarawak
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Agong, Raja Permaisuri Agong Zahir Ucapan Takziah Kepada Keluarga Mangsa Helikopter Terhempas

Agong, Raja Permaisuri Agong Zahir Ucapan Takziah Kepada Keluarga Mangsa Helikopter Terhempas

09/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim dan Raja Permaisuri Agong, Raja Zarith Sofiah menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga...

Asap Jerebu Sarawak Datang Dari Mana?

Asap Jerebu Sarawak Datang Dari Mana?

23/08/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR – Persoalan dari mana datangnya asap tebal yang menyebabkan sebahagian besar Sarawak diselubungi jerebu sejak beberapa...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd