• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

ECRL Disambung Semula Pada Kos RM44 Bilion

oleh
12/04/2019
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PEJABAT Perdana Menteri hari ini mengumumkan projek Laluan Kereta Api Pantai Timur (ECRL) yang digantung sejak Julai 2018, disambung semula dengan kos pembinaan fasa 1 dan 2 dikurangkan sebanyak RM21.5 bilion.

Katanya, kos asal RM65.5 bilion dikurangkan kepada RM44 bilion susulan pemeteraian perjanjian tambahan antara Malaysia Rail Link Sdn. Bhd. dan China Communications Construction Company (CCCC).

Katanya, perjanjian tambahan itu yang meliputi aspek kejuruteraan, perolehan, pembinaan dan pelaksanaan (EPCC), dicapai selepas rundingan antara syarikat terbabit dan kerajaan Malaysia serta China selama beberapa bulan.

“Pengurangan ini tentu memanfaatkan Malaysia dan meringankan beban kedudukan kewangan negara.

“Butiran lanjut perjanjian ditambah baik itu akan diberikan pada sidang media Isnin depan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Semalam, sumber yang berkait rapat dengan projek ECRL memberitahu FMT, sepasukan pegawai peringkat tinggi kini berada di Beijing untuk memuktamadkan rundingan bagi mengurangkan kos projek itu.

Selepas memenangi pilihan raya umum ke-14 tahun lalu, kerajaan Pakatan Harapan menggantung projek sepanjang 688km itu disebabkan kosnya terlalu tinggi.

Projek ECRL yang menghubungkan Pelabuhan Klang di Selangor dan Kota Bharu, Kelantan dilancarkan pada Ogos 2017 dan dijadualkan siap pada 2024.

Pada 3 Mac lalu, Mahathir dilaporkan berkata, Putrajaya membayar RM200 juta, iaitu faedah bagi hutang berjumlah RM55 bilion kepada CCCC selaku kontraktor utama ECRL.

Menteri Kewangan, Lim Guan Eng sebelum ini membayangkan rundingan ECRL berjalan lancar dan jajaran mungkin diubah untuk memanfaatkan Negeri Sembilan.

Katanya, projek itu akan diteruskan jika kos pembinaan boleh dikurangkan daripada RM66 bilion kepada RM35 bilion. – FMT

Tags: Projek ECRL
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Kebocoran Gas: JKKP Keluar Notis Larang Kerja, Aktiviti Pembinaan Di Tapak Projek ECRL Seksyen 5, Kerteh

Kebocoran Gas: JKKP Keluar Notis Larang Kerja, Aktiviti Pembinaan Di Tapak Projek ECRL Seksyen 5, Kerteh

21/09/2025
0

KUALA TERENGGANU: Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) mengeluarkan notis larangan kerja di Tapak Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL)...

Projek ECRL Dirancang Minimum Kerosakan Alam Sekitar

Projek ECRL Dirancang Minimum Kerosakan Alam Sekitar

11/05/2024
0

KUALA TERENGGANU : Jajaran projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) sepanjang 665 kilometer membabitkan perbelanjaan sebanyak RM50.27 bilion direka bentuk...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd