Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

2 Buah Rumah Kayu...

DUNGUN - Dua buah rumah kayu musnah seratus peratus dalam kebakaran di Kampung...

Adamas Hantar Terus Sampel...

KUALA LUMPUR - Agensi Anti-Doping Malaysia (Adamas) akan menghantar terus sampel air kencing...

Puspakom Perkenal Unit Pemeriksaan...

KUALA LUMPUR - Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (Puspakom) akan menawarkan perkhidmatan Unit Pemeriksaan...

Zamani Akhirnya Bersanding Atas...

KUALA LUMPUR - Vokalis Slam, Zamani seperti bermimpi apabila  diberi kesempatan bersanding di...

Dr. Shahrom Lapor Polis Nafi Ugut Saksi Pakar Kes Adib

SHAH ALAM – Bekas Pakar Perunding Kanan Forensik dan Patologi Hospital Canselor Tuanku Mukhriz, yang juga saksi ke-29 inkues kematian Muhammad Adib Mohd. Kassim, Prof. Dr. Shahrom Abd. Wahid membuat laporan polis kelmarin.

Ini selepas beliau dituduh kononnya bertindak mengugut saksi-saksi pakar lain yang terlibat dalam inkues terbabit yang bermula sejak 11 Februari lalu.

Peguam mewakili Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) dan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Syazlin Mansor berkata, dakwaan itu merupakan satu tuduhan tidak berasas terhadap Dr. Shahrom.

Katanya, perkara yang dinyatakan di dalam laporan polis dan sebuah akhbar tidak berlaku, yang mana tiada kejadian ugutan dalam mana-mana perjumpaan antara kedua-dua pihak.

“Untuk makluman, Dr. Shahrom telah bersara pada tahun 2017, namun beliau sanggup memberikan khidmat kepakaran secara Pro Bono (percuma) untuk membantu mahkamah dalam prosiding inkues ini.

“Kami langsung tidak menyangka beliau akan dituduh seperti ini namun begitu menyerahkan sepenuhnya kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk menyiasat perkara ini secara menyeluruh dan adil,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Senior Asisten Komisioner Fadzil Ahmat ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan polis tersebut.


“Kita telah menerima laporan polis tersebut pada 23 April lalu kira-kira pukul 6 petang yang dilakukan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Subang Jaya.

“Kita akan memanggil individu tersebut untuk diambil keterangan dan semuanya masih lagi dalam siasatan,” ujarnya.

Terdahulu, dua laporan dibuat oleh dua doktor pakar forensik, Hospital Kuala Lumpur pada Sabtu lalu mendakwa menerima ugutan dan kes diklasifikasikan di bawah Seksyen 189 Kanun Keseksaan iaitu ugutan bencana kepada seorang penjawat awam. – UTUSAN ONLINE

Kategori