• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, July 31, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bayi Maut Selepas Diberi Makan Epal Lenyek

oleh
08/04/2019
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

BALING – Seorang bayi lelaki berusia sembilan bulan maut selepas diberi makan epal lenyek di sebuah taska di Kupang di sini hari ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 9.15 pagi itu, mangsa, Muhammad Fawwaz Mohd. Fadlan dikatakan menangis dengan kuat ketika sedang diberi makan makanan tersebut sebelum tidak sedarkan diri.

Ketua Polis Daerah Baling, Superintendan Shariffuddin Yusuf berkata, siasatan awal mendapati kejadian berlaku di laluan ke ruang dapur taska.

“Mangsa yang sedang diberi makan epal lenyek oleh pengasuh tiba-tiba menangis dengan kuat kerana dikatakan mahu mengikut penyelia pengasuh taska.

“Bayi itu kemudian tidak sedarkan diri dan dikejarkan ke Klinik Kesihatan Kupang yang mana pada masa itu mangsa masih bernyawa,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Kata beliau, mangsa kemudian diminta supaya dirujuk ke Hospital Baling, bagaimanapun bayi itu disahkan telah meninggal dunia sebaik tiba di hospital berkenaan.

“Pemeriksaan ke atas tubuh badan mangsa mendapati tiada kesan luka atau lebam akibat perbuatan jenayah,” ujarnya.

Tambahnya, mayat mangsa dibawa ke Hospital Sultanah Bahiyah di Alor Setar untuk dibedah siasat.

“Kes setakat ini diklasifikasikan sebagai mati mengejut,” katanya. – K! ONLINE

Tags: bayimaut
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Menteri Pertahanan Khaled Nordin Ziarah Keluarga Allahyarham Prebet Siti Khadijah

Menteri Pertahanan Khaled Nordin Ziarah Keluarga Allahyarham Prebet Siti Khadijah

28/06/2026
0

KUALA LUMPUR – Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin hari ini menziarahi keluarga Allahyarhamah Prebet Siti Khadijah Sungip, antara...

PM Anwar, Wan Azizah Ucap Takziah, Dukacita Insiden Pelajar Sekolah Maut

PM Anwar, Wan Azizah Ucap Takziah, Dukacita Insiden Pelajar Sekolah Maut

19/06/2026
0

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan isteri Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail melahirkan rasa...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd