• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, June 25, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

95 Pelajar Di Sudan Selamat Di Rumah Malaysia

oleh
18/04/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Seramai 95 orang pelajar Malaysia di Khartoum, Sudan berada dalam keadaan selamat di Rumah Malaysia ekoran pengisytiharaan perintah berkurung selama tiga bulan yang diumumkan oleh Majlis Tentera Peralihan.

Jabatan Pendidikan Tinggi, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) berkata, Education Malaysia Mesir (EME) telah menghubungi Kedutaan Malaysia di Khartoum untuk mengetahui perkembangan terkini pelajar Malaysia di negara itu.

Jelasnya, seramai 101 pelajar Malaysia berada di Sudan dengan 95 daripadanya di Khartoum manakala enam lagi sudah pulang ke tanah air.

“Para pelajar Malaysia kebanyakannya menetap di sekitar Khartoum iaitu Makrumah, Arkaweet dan Mujahideen. Selain itu, terdapat juga sebahagian daripada mereka yang menetap di asrama Turki (asrama yang diuruskan oleh badan bukan kerajaan Turki), asrama Universiti Antarabangsa Afrika, selain di Kompleks Petronas Khartoum bagi mereka yang bertugas sebaga imam.

“Ketika ini, universiti di negara itu masih ditutup dan tarikh pembukaan semula masih belum diketahui,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut kenyataan itu, EME akan terus mendapatkan perkembangan terkini dari Kedutaan Malaysia Khartoum dan Persatuan Mahasiswa Malaysia Sudan untuk menyediakan bantuan sekiranya diperlukan.

Sebelum ini, kerajaan Sudan telah mengisytiharkan perintah darurat selama tiga bulan oleh Majlis Tentera Peralihan sejak Jumaat lalu.

Ia berikutan Presiden Omar al-Bashir digulingkan dan ditahan susulan tunjuk perasaan besar-besaran selama berbulan-bulan di ibu kota Khartoum.

Pengisytiharan darurat itu bukan hanya membabitkan perintah berkurung tetapi turut melibatkan penutupan sementara Lapangan Terbang Antarabangsa Khartoum selama 27 jam pada Khamis lalu. – K! ONLINE

Tags: pelajar MalaysiaSudan
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Taiwan Bincang Dana Ketenteraan Baharu Dengan AS

Mindef Sedia Hantar ATM Ke Timur Tengah Bantu Urus Keselamatan Pelajar Malaysia

21/04/2024
0

KOTA BHARU - Kementerian Pertahanan (MINDEF) bersedia menghantar Angkatan Tentera Malaysia (ATM) ke Timur Tengah untuk membantu menguruskan keselamatan para...

Gencatan Senjata Di Sudan Selama Tujuh Hari

Gencatan Senjata Di Sudan Selama Tujuh Hari

04/05/2023
0

KHARTOUM - Angkatan bersenjata Sudan bersetuju melaksanakan gencatan senjata selama tujuh hari - yang dicadangkan oleh Pihak Berkuasa Antara Kerajaan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd