• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

88% Pemilik, Waris Setuju Kerajaan Beli Kampung Baru

oleh
25/04/2019
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM – Dianggarkan 88 peratus pemilik dan pewaris tanah di Kampung Baru, Kuala Lumpur bersetuju dengan hasrat kerajaan membeli tanah milik mereka, kata Pengarah Pengurusan dan Komunikasi Korporat Perbadanan Kampung Baru, Roslan Mohamad.

“Kita dah buat kajian dan tinjauan memang 88 peratus pemilik dan pewaris tanah di Kampung Baru setuju jika tanah mereka dibeli oleh kerajaan untuk dibangunkan menjadi penempatan moden dan bersepadu.

“Jika pemilik dan pewaris bersetuju dengan penjualan tanah ini kepada kerajaan, maka penyewa atau pengusaha premis di Kampung Baru juga harus bersetuju untuk menjualnya kepada kerajaan,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian.

Bagaimanapun Roslan menetapkan syarat, dalam tempoh kerajaan melaksanakan projek pembangunan di Kampung Baru kelak, penduduk mahu rumah transit bagi pemindahan sementara mereka juga dibina di situ.

“Nanti jika tanah ini jadi dijual kepada kerajaan, kami penduduk mahu kerajaan sediakan rumah transit sebelum rumah kekal kami siap juga di Kampung Baru,” ujarnya.

Terdahulu, Menteri Wilayah Persekutuan, Khalid Samad berkata, kerajaan memerlukan dana RM10 bilion jika berhasrat membeli tanah Kampung Baru untuk dibangunkan menjadi penempatan moden dan sistematik orang Melayu di tengah ibu negara.

Khalid berkata, dana sebanyak itu diperlukan untuk membolehkan kementerian membangunkan Kampung Baru secara menyeluruh dan bukan secara berkelompok atau ‘runcit’ oleh pemilik tanah bersama pemaju.

Bagaimanapun katanya, dana RM10 bilion diperlukan dengan syarat seluruh pemilik tanah di Kampung Baru bersetuju menerima tunai sebagai rundingan pengambilalihan tanah milik mereka untuk dibangunkan pemaju yang akan dilantik Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

Sejarah Kampung Baru sebagai kawasan penempatan orang Melayu terbesar di ibu kota bermula pada 1899 melalui tanah kurniaan Sultan Selangor ketika itu, Sultan Alauddin Sulaiman Syah Raja Muda Musa (Sultan Sulaiman).

Kampung Baru ini telah ditubuhkan oleh kerajaan Negeri-Negeri Melayu Bersekutu dan negeri Selangor semasa rancangan pembangunan semula Kuala Lumpur daripada sebuah kampung lombong timah kepada sebuah bandar utama.

Keluasan asalnya ialah 223 ekar dan menaungi tujuh kampung, iaitu Kampung Hujung Pasir, Kampung Periuk, Kampung Masjid, Kampung Pindah, Kampung Paya, Kampung Atas A dan Kampung Atas B.

Seiring itu, Malay Agricultural Settlement (MAS) ditubuhkan dengan berdasarkan peruntukan Seksyen 3 (1)The Malay Agricultural Settlement (Kuala Lumpur) Rules 1950 yang meletakkan urusan pentadbiran dan kawalan Kampung Baru di bawah kuasa Lembaga Pentadbir MAS.

Antara lain, MAS boleh membuat undang-undang kecil sendiri dan bertanggungjawab melulus dan menetapkan syarat pelan bangunan dan sambungan rumah. – Sinar Harian

Tags: Kampung BaruMelayupakatan harapan
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Politik Melayu Berpecah Belah, Menang Jadi Abu Kalah Jadi Arang – Ridhuan Tee

Politik Melayu Berpecah Belah, Menang Jadi Abu Kalah Jadi Arang – Ridhuan Tee

24/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Parti politik Melayu berpecah belah memberi kelebihan kepada pihak lain untuk menang di kawasan majoriti Melayu. Penganalisis...

DAP Bantah Syarat 50% Ekuiti Bumiputera Dalam Pelupusan Tanah, Minta Kembalikan Kepada 30%

DAP Bantah Syarat 50% Ekuiti Bumiputera Dalam Pelupusan Tanah, Minta Kembalikan Kepada 30%

24/05/2026
0

KUALA LUMPUR - DAP membantah peningkatan pegangan ekuiti bumiputera kepada 50 peratus bagi pelupusan hartanah bernilai melebihi RM20 juta oleh...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd