• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

8 Inisiatif Berjaya Lonjak Kemajuan Negeri Pahang

oleh
16/04/2019
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUANTAN – Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata kerajaan negeri telah melaksanakan sebanyak lapan inisiatif baharu selepas Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) yang lepas dalam usaha untuk memakmurkan negeri dan mensejahterakan rakyat.

Wan Rosdy berkata antara inisiatif berkenaan ialah penetapan sasaran kutipan hasil tanah sebanyak 90 peratus yang kini mula membuahkan kejayaan apabila hasil yang dipungut menunjukkan peningkatan yang memberangsangkan.

“Sehingga Mac lepas, jumlah kutipan hasil yang telah dikutip meliputi hasil tanah, hasil hutan, hasil air dan lain-lain hasil mencatatkan jumlah kutipan sebanyak RM120 juta berbanding hanya RM101 juta pada tempoh yang sama pada tahun sebelumnya.

“Walaupun sebelum ini ada seseorang berjawatan di ´sebelah sana´, pihak di sebelah sana, memberikan tempoh hanya tiga bulan kepada saya dan kononnya Pahang akan bankrap selepas itu, namun alhamdulillah sehingga kini kita bukan sahaja tidak bankrap tetapi juga berjaya meningkatkan hasil,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Mustapa Long (Barisan Nasional-Padang Tengku) pada sesi soal jawab Sidang Dewan Negeri Pahang di Wisma Sri Pahang yang bertanyakan tentang pencapaian serta inisiatif yang telah dilaksanakan oleh kerajaan negeri selepas menang PRU14 lepas.

Katanya selain itu, langkah mewujudkan aduan rakyat terus kepadanya menerusi saluran aduan.wanrosdy.com, juga berjaya menyelesaikan banyak isu yang berlaku di peringkat akar umbi.

“Sejak mula ia dilancarkan pada 2018 sehingga 31 Mac lalu, sebanyak 627 aduan telah diterima melalui saluran aduan rakyat ini dan daripada jumlah itu 263 aduan telah diselesaikan, 25 aduan dalam tindakan penyelesaian.

“Manakala 98 aduan belum dijawab, 172 aduan diklasifikasikan sebagai tidak releven dan baki 69 aduan lagi merupakan aduan terus kepada menteri besar,” katanya.

Dalam masa yang sama katanya kerajaan negeri juga telah menubuhkan Pahang Corporation sebagai satu langkah strategik untuk penstrukturan dan mengawal selia prestasi serta perkembangan syarikat-syarikat berkaitan Kerajaan Negeri (S-GLC) dengan meletakkan ia di bawah satu bumbung.

Katanya dengan langkah itu ia dapat memudahkan lagi kerajaan negeri memantau prestasi berdasarkan Sistem Petunjuk Prestasi Utama (KPI) yang ditetapkan di samping memberikan khidmat nasihat kepada S-GLC untuk membuat pelaburan yang betul dengan pulangan keuntungan yang tinggi.

Tags: Barisan NasionalPahangWan Rosdy Wan Ismail
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Dulu Pun Harga Minyak Akibat Faktor Global, Tapi Pembangkang Tunggang – Akmal

Dulu Pun Harga Minyak Akibat Faktor Global, Tapi Pembangkang Tunggang – Akmal

26/03/2026
0

KUALA LUMPUR - Memang sejak dulu peningkatan harga minyak disebabkan oleh faktor global, bukan kerana kerajaan sesuka hati mahu menaikkan...

Mangsa Banjir Lebih 14,000 Orang, Pahang Catat Bilangan Tertinggi

Mangsa Banjir Lebih 14,000 Orang, Pahang Catat Bilangan Tertinggi

19/12/2025
0

KUALA LUMPUR: Jumlah mangsa banjir kekal pada angka lebih 14,000 orang membabitkan 4,606 keluarga di 106 pusat pemindahan sementara (PPS)...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd