• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, November 12, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

786 Bekas Kakitangan SPAD Sudah Ditawarkan Kerja

oleh
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Seramai 786 bekas kakitangan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) telah ditawarkan pekerjaan ke pelbagau bahagian, jabatan, agensi dan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) di bawah Kementerian Pengangkutan.

Kementerian Pengangkutan dalam satu kenyataan hari ini berkata, 16 orang bekas kakitangan masih dalam pertimbangan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) untuk kelulusan pelantikan.

Jelasnya, 31 bekas kakitangan lagi tidak memenuhi syarat asas termasuk melebihi had usia perlantikan.

“Setiap penawaran bergantung kepada kekosongan yang ada termasuk di Sabah dan Sarawak. Semua penjawat awam tertakluk kepada arahan penempatan berdasarkan kepentingan perkhidmatan.

“Baki seramai 128 orang lagi masih dalam proses padanan kerja dengan kerjasama agensi Jobs Malaysia,” katanya.

Media tempatan baru-baru ini melaporkan dua pegawai SPAD Gred 41 yang telah diberi posisi kumpulan sokongan iaitu Gred 19 dengan salah seorang daripada mereka akan ditempatkan di Sarawak.

Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, tindakan itu merupakan bukti penganiayaan kerajaan Pakatan Harapan kepada rakyat.

Mengulas lanjut , menurut kenyataan itu, kementerian menyarankan supaya setiap bekas kakitangan bersikap positif dan mengambil peluang yang ditawarkan oleh semua pihak termasuk swasta.

Ujarnya, kementerian juga menegaskan proses pengambilan dan penempatan bekas kakitangan SPAD mengambil sedikit masa ekoran keperluan kerajaan untuk menyaring setiap pencalonan secara rapi selain perlu melaksanakan padanan kerja berdasarkan kekosongan.

“Ini bagi mengelakkan salah padanan yang mungkin mengakibatkan rasa tidak puas hati pihak berkaitan selain mengelakkan insiden pelanggaran integriti melibatkan bekas kakitangan SPAD seperti yang tersiar di media semalam,” katanya. – K! ONLINE

Tags: APADJPJPenjawat AwamSPAD
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Jumlah Penjawat Awam Kaum India Masih Rendah, Sepatutnya 85,000 Orang – Charles Santiago

Jumlah Penjawat Awam Kaum India Masih Rendah, Sepatutnya 85,000 Orang – Charles Santiago

06/11/2026
0

KUALA LUMPUR - Bekas Ahli Parlimen Klang, Charles Santiago mendakwa tahap penyertaan kaum India dalam perkhidmatan awam masih rendah dan...

Senator Lingeshwaran Mohon Cuti Tanpa Rekod Sempena Deepavali Untuk Penjawat Awam Beragama Hindu

Senator Lingeshwaran Mohon Cuti Tanpa Rekod Sempena Deepavali Untuk Penjawat Awam Beragama Hindu

30/10/2026
0

KUALA LUMPUR - Ahli Dewan Negara, Senator Dr. RA Lingeshwaran memohon Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mempertimbangkan pelaksanaan kemudahan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd