• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, September 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

49 Projek Bernilai RM2.28 Bilion Diluluskan Di Sandakan

oleh
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Kerajaan Persekutuan telah meluluskan sebanyak 49 projek pembangunan dengan kos keseluruhan mencecah RM2.2 bilion di daerah Sandakan, Sabah.

Menteri Kewangan, Lim Guan Eng berkata, pada tahun ini sebanyak RM183 juta peruntukan pembangunan telah disediakan oleh Kerajaan Persekutuan bagi membiayai projek itu yang sedang dan akan dilaksanakan.

Beliau berkata, kerajaan terus memberi penekanan yang serius ke atas pembangunan di Sandakan yang merupakan bandar kedua terbesar di Sabah, meliputi kawasan Parlimen Sandakan, Batu Sapi, dan Libaran, untuk terus mendapat kemudahan terbaik.

“Kesejahteraan ekonomi yang berterusan adalah sasaran utama yang bakal memanfaatkan hampir 400,000 penduduk di daerah Sandakan. Kerajaan Persekutuan telah menyediakan peruntukan secukupnya agar pembangunan ekonomi terus berkembang sebagai satu daripada pusat perniagaan yang berdaya maju di sebelah timur negeri Sabah,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Menurut Guan Eng, antara projek yang dikenal pasti bagi manfaat rakyat Sandakan adalah Rancangan Tebatan Banjir Sungai Anip dianggarkan bernilai RM40 juta yang bakal memperbaiki sistem saliran dan menaiktaraf sungai di Sandakan.

Kerajaan Persekutuan juga katanya, telah meluluskan projek pembesaran Lapangan Terbang Sandakan bernilai RM80 juta melibatkan antara lain pemanjangan landasan dan penambahbaikan apron bagi meningkatkan keupayaan lapangan terbang tersebut.

“Selain itu, beberapa projek lain bagi peningkatan kedudukan ekonomi di daerah Sandakan terus diberi penekanan merangkumi projek-projek bagi industri berasaskan minyak dan kelapa sawit serta penyediaan kemudahan jaringan pengangkutan yang bakal merancakkan lagi ekonomi setempat,” katanya.

Tags: DAPLim Guan EngMOFPRK Sandakan
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Lim Guan Eng Sokong Tindakan Tegas Isu UiTM Holdings, Gesa SPRM Turut Siasat Zahid

Lim Guan Eng Sokong Tindakan Tegas Isu UiTM Holdings, Gesa SPRM Turut Siasat Zahid

30/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Penasihat DAP, Lim Guan Eng menyokong tindakan tegas berhubung isu pengurusan UiTM Holdings Sdn Bhd bagi memastikan...

Najib ‘Garis Merah’ DAP, Parti Perlu Bertindak – Kian Ming

Najib ‘Garis Merah’ DAP, Parti Perlu Bertindak – Kian Ming

19/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Bekas pemimpin DAP, Dr. Ong Kian Ming berpandangan parti itu perlu mengambil tindakan lebih tegas sekiranya isu...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd