• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 27, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

3 Disebut Calon Menteri Besar Johor?

oleh
10/04/2019
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHRU – Dr. Sahruddin Jamal, Mohd Khuzzan Abu Bakar, Aminolhuda Hassan, antara nama disebut-sebut sebagai calon Menteri Besar Johor beberapa hari kebelakangan ini, sebelum pengesahan peletakan jawatan Datuk Osman Sapian, semalam.

Satu poster yang meletakkan gambar ketiga-tiganya menjadi viral melalui media sosial hari ini, dengan tajuk “siapa pun calon Menteri Besar Johor mestilah mendapat perkenan daripada Sultan Johor, Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar, seperti yang termaktub dalam Undang-Undang Tubuh Negeri Johor.”

Dalam pada itu, menurut sumber dalaman PKR, pihaknya mengetahui kerusi dan jawatan Menteri Besar Johor, adalah kuota Bersat Johor.

Bagaimanapun, PKR tetap menyediakan dua nama iaitu ADUN Semerah, Mohd Khuzzan Abu Bakar dan ADUN Bukit Naning, Md Ysahrudin Kusni.

“Namun semua keputusan untuk jawatan Menteri Besar Johor ini adalah atas perkenan Sultan Johor dan apa juga keputusan jawatan berkenaan akan kami terima.

“Namun perkara paling penting adalah khidmat yang diberikan kepada rakyat, dengan mendahulukan rakyat,” katanya.

Sementara itu, difahamkan Amanah akan menghantar nama calon sekiranya mendapat titah dari Sultan Johor.

“Kita tunggu titah daripada Tuanku (Sultan Ibrahim). Jika Tuanku titah maka kita akan hantar. Setakat ini, Amanah belum hantar lagi,” kata sumber dalaman parti itu.

Sumber itu turut memberitahu parti itu sudah pun meletakkan nama calon yang hanya akan dimaklumkan kemudian.

Dr. Sahruddin dari Bersatu ialah Exco Kesihatan, Alam Sekitar dan Pertanian dan ADUN Bukit Kepong manakala Mohd Khuzzan memegang jawatan Exco Belia, Sukan dan Kebudayaan.

Sementara itu, ADUN Parit Yaani, Aminolhuda yang juga Pengerusi Amanah Johor menyandang Exco Hal Ehwal Agama Islam dan Pendidikan.

Setakat ini, tiada kenyataan rasmi dari kerajaan negeri.

Terdahulu, Dr. Sahruddin menjadi wakil rasmi Osman ke Pemukiman Pemimpin Malaysia-Singapura yang berlangsung di Putrajaya hari ini.

Pengumuman peletakan jawatan Osman disahkan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad di lobi parlimen, selepas satu pertemuan antara Dr. Mahathir dan Osman di Putrajaya semalam.

Tags: menteri Besar Johorpakatan harapanSahruddin Jamal
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Kerajaan Johor Akan Terus Beri Kerjasama Kepada ATM – Onn Hafiz

Kerajaan Johor Akan Terus Beri Kerjasama Kepada ATM – Onn Hafiz

26/05/2026
0

JOHOR BAHRU - Kerajaan Johor akan terus memberikan sokongan dan kerjasama sewajarnya kepada Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dalam melaksanakan tanggungjawab...

Onn Hafiz Ulas Diperlekeh ‘Budak-Budak’, Orang Johor Tak Macam Itu

Onn Hafiz Ulas Diperlekeh ‘Budak-Budak’, Orang Johor Tak Macam Itu

25/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Menteri Besar Johor, Onn Hafiz Ghazi mengingatkan dirinya dan semua pemimpin politik supaya menjaga adab dan pertuturan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd