• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 27, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Usul Tergempar Darurat Bencana Pasir Gudang Ditolak

oleh
14/03/2019
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Usul tergempar mememinta pengisytiharan darurat bencana di Pasir Gudang selesai dibahaskan di Dewan Rakyat sebentar tadi tetapi tiada keputusan dibuat sama ada diluluskan atau ditolak.

Keputusan itu dibuat oleh Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Mohamad Ariff Md. Yusof mengikut Peraturan 18 (1).

Ketika sesi penggulungan, enam kementerian terlibat setelah usul tergempar yang dibentangkan Hassan Abdul Karim (PH-Pasir Gudang) dibahaskan dan disokong oleh tiga ahli Parlimen daripada blok kerajaan, Pas serta BN.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Mohamed Hanipa Maidin yang terakhir menggulung perbahasan usul berkenaan memaklumkan, langkah-langkah yang telah dibuat kerajaan ketika ini sudah seperti langkah dalam keadaan Pasir Gudang diisytiharkan darurat.

“Untuk makluman semua, walaupun tidak lagi berpendapat perlu adanya darurat, kita telah pun menjalankan kerja seolah-olah ada darurat,” katanya.

Sebelum itu, perbahasan usul tersebut trut dijawab Menteri Pertahanan, Mohamad Sabu; Menteri Pendidikan, Dr. Maszlee Malik; Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad dan Timbalan Menteri Tenaga, Teknologi, Sains, Perubahan Iklim dan Alam Sekitar, Isnaraissah Munirah Majlis.

Sementara itu, Mohamed Hanipa yang ditemui pemberita kemudiannya berkata, usul berkenaan diterima untuk perbahasan tetapi permintaan untuk mengisytihar darurat seperti mana kandungan usul itu telah ditolak kerana tiada permintaan daripada kerajaan negeri. – UTUSAN ONLINE

Tags: daruratHanipa MaidinParlimenpasir gudang
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Jawatankuasa Parlimen Mahu Teliti Dokumen Perjanjian Pemindahan Gajah DAK Ke Jepun

Jawatankuasa Parlimen Mahu Teliti Dokumen Perjanjian Pemindahan Gajah DAK Ke Jepun

14/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Jawatankuasa Pilihan Alam Sekitar, Sains dan Perladangan Dewan Rakyat memaklumkan pihaknya masih memerlukan beberapa maklumat tambahan yang...

Tunku Mahkota Ismail Hadir Jamuan Teh Bersama Rakyat

Tunku Mahkota Ismail Hadir Jamuan Teh Bersama Rakyat

09/05/2026
0

JOHOR BAHRU - Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail berkenan berangkat ke Jamuan Teh Bersama Rakyat Daerah Johor Bahru, Pontian,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd