• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, November 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tubuh Mahkamah Khas Rasuah Bagi Percepatkan Kes

oleh
dalam Jenayah, Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Kerajaan akan menubuhkan mahkamah khas rasuah bagi membolehkan kes-kes rasuah dikendalikan dengan lebih cepat.

Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, penubuhan mahkamah itu akan dilaksanakan secepat mungkin.

Beliau berkata, penubuhan mahkamah khas rasuah itu nanti tidak akan menjejaskan fungsi mahkamah biasa.

“Ini cadangan baharu kerana kita perlu menentukan kes-kes rasuah diberi masa oleh mahkamah khusus yang tertumpu semata-mata kepada kes rasuah.

“Ia memerlukan undang-undang kerana ia akan mengubah ciri-ciri asas mahkamah, jadi perlu ada kesungguhan untuk melawan rasuah.

“Kerajaan dalam proses akhir penilaian cadangan ini,” katanya dalam sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Khas Kabinet Mengenai Anti Rasuah (JKKMAR) kali ke-7 di sini hari ini.

Hadir sama Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Ketua Pengarah Pusat Governans, Integriti dan Antirasuah Nasional (GIACC), Tan Sri Abu Kassim Mohamed.

Mengulas lanjut, Dr. Mahathir berkata, penubuhan itu juga berikutan perbicaraan kes rasuah dianggap perbicaraan biasa tanpa diberi sebarang keutamaan.

“Ini perkara serius kerana rakyat bertanya mana hukuman terhadap jenayah yang dilakukan individu tertentu. Jadi kita mahu mahkamah yang boleh mengadakan perbicaraan secepat yang mungkin,” katanya.

Tambah Perdana Menteri, proses bagi pelantikan hakim bagi mahkamah ini adalah proses sama iaitu dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong dan kuasa pendakwaan oleh Peguam Negara.

Dalam pada itu, ditanya sama ada aktiviti rasuah bagi melindungi pusat urut berlaku di seluruh negara susulan penahanan beberapa individu termasuk penjawat awam di ibu negara semalam, Dr. Mahathir berkata, kerajaan menyedari perkara seumpama itu boleh berlaku. – UTUSAN ONLINE

Tags: Mahathir Mohamadmahkamahrasuah
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Abdul Hadi Dakwa Kerajaan Takut, PAS Akan Cabar Pembatalan PN Di Mahkamah

Abdul Hadi Dakwa Kerajaan Takut, PAS Akan Cabar Pembatalan PN Di Mahkamah

21/10/2026
0

KUALA LUMPUR - Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang mengecam tindakan kerajaan membatalkan pendaftaran Perikatan Nasional (PN), yang disifatkannya...

Mahkamah Tolak Permohonan Najib Tangguh Hukuman Penjara 15 Tahun, Denda RM11.4 Bilion Kes 1MDB

Mahkamah Tolak Permohonan Najib Tangguh Hukuman Penjara 15 Tahun, Denda RM11.4 Bilion Kes 1MDB

14/10/2026
0

KUALA LUMPUR - Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak gagal menangguhkan pelaksanaan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd