• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, October 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tidak Masuk Akal, Bersifat Hasutan

oleh
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

LIPIS – Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menyifatkan kenyataan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng tidak masuk akal dan satu provokasi keterlaluan.

Ia berikutan kenyataan Guan Eng yang juga Menteri Kewangan itu bahawa kerjasama UMNO-PAS adalah sebagai menyasarkan perang ke atas bukan masyarakat bukan Melayu dan bukan Islam.

“Kenyataan beliau (Guan Eng) diangggap satu provokasi yang keterlaluan..tiada apa yang boleh dipertikaikan..(kerjasama UMNO-Pas) dan tafsiran beliau, tidak betul.

“Sebaliknya ia untuk kebaikan penyatuan ummah dan kita bekerjasama juga dengan bukan Islam, maknanya kita menjaga hak yang bukan Islam, tiada apa-apa yang harus perlu khuatir,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita sempena Kenduri Sekampung bersama masyarakat Sungai Koyan, hari ini.

Hadir sama Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail dan Ahli Parlimen Cameron Highlands, Ramli Mohd Noor.

Dalam pada itu Najib hairan mengapa kerjasama kedua-dua parti ini dipertikaikan.

“Suatu ketika dahulu, PAS dengan DAP ada dalam satu Pakatan Rakyat jadi maknanya ideologi PAS telah diterima oleh DAP.

“Jadi untuk dia pertikaikan PAS hari ini memang tidak boleh diterima sama sekali malah ia boleh dianggap hasutan dan boleh disabitkan dengan sesuatu tindakan walaupun kita percaya akhirnya pihak berkuasa tidak akan mengambil tindakan tapi banyak orang anggap ia satu kenyataan berbaur hasutan,” jelasnya. – Sinar Harian

Tags: hasutanLim Guan EngNajib Tun Razak
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Lim Guan Eng Sokong Tindakan Tegas Isu UiTM Holdings, Gesa SPRM Turut Siasat Zahid

Lim Guan Eng Sokong Tindakan Tegas Isu UiTM Holdings, Gesa SPRM Turut Siasat Zahid

30/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Penasihat DAP, Lim Guan Eng menyokong tindakan tegas berhubung isu pengurusan UiTM Holdings Sdn Bhd bagi memastikan...

Orang Beriman Tidak Sebar Kebencian Dan Hasutan – Menteri Agama Ulas Dosa Qazaf

Orang Beriman Tidak Sebar Kebencian Dan Hasutan – Menteri Agama Ulas Dosa Qazaf

23/09/2026
0

KUALA LUMPUR – “Orang beriman tidak sebarkan fitnah, tidak sebarkan kebencian dan tidak sebarkan hasutan. Orang beriman sebarkan kebaikan, sebarkan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd