• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, August 21, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tiada Bukti Perkasa Bumiputera Jahanamkan Negara

oleh
08/03/2019
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

MAJLIS Tindakan Ekonomi Melayu (MTEM) berkata, belum ada kajian yang menunjukkan membantu kaum Bumiputera menjahanamkan negara dan merugikan mana-mana kaum.

Ketua Pegawai Eksekutif MTEM, Ahmad Yazid Othman berkata, gesaan supaya kerajaan melaksanakan agenda Bumiputera sepatutnya tidak dijadikan isu.

“Agenda Bumiputera ini satu kaedah untuk mengurangkan jurang pendapatan dan kekayaan antara kaum,” katanya pada sidang media selepas mesyuarat bersama ahli MTEM dan komuniti ekonomi Bumiputera.

Sebelum ini, Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Mohamed Azmin Ali menggesa kerajaan pusat tidak lagi bersikap “apologetik” dalam melaksanakan janji yang melibatkan agenda orang Melayu dan Bumiputera ekoran kekalahan Pakatan Hrapan (PH) dalam pilihan raya kecil (PRK) DUN Semenyih baru-baru ini.

Menurut Azmin, kekalahan PH itu merupakan mesej jelas rakyat supaya kerajaan segera bertindak menyelesaikan masalah dan kebajikan rakyat tanpa perlu menyalahkan mana-mana pihak.

MTEM menyokong gesaan Azmin memandangkan status ekonomi golongan Bumiputera masih jauh ketinggalan daripada mencapai tahap keseimbangan ekonomi antara kaum.

Beliau berkata, pendapatan perkapita pada tahun 2014 bagi Bumiputera hanya sebanyak 27.1% (RM16,066 setahun), berbanding pendapatan bagi bukan-Bumiputera (RM74,067 setahun).

“Bumiputera hanya memiliki 26.1% daripada aset perumahan di Malaysia, manakala bukan- Bumiputera sebanyak 63.3%, sedangkan jumlah penduduk Bumiputera adalah hampir 3 kali ganda berbanding bukan-Bumiputera.

“Sumbangan kepada ekonomi oleh industri kecil dan sederhana (SME) Bumiputera pula hanyalah 12% daripada jumlah Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia,” katanya.

Yazid juga berkata, permohonan kerja dalam kalangan golongan Bumiputera juga masih berhadapan masalah diskriminasi, terutama dalam sektor swasta.

Beliau berkata, berdasarkan kajian oleh Cent-GPS telah membuktikan wujudnya diskriminasi pekerjaan yang besar di sektor swasta.

“Sebagai contoh syarat pemohon perlu mahir bertutur dalam bahasa Mandarin hanyalah alasan untuk menawarkan pekerjaan kepada orang Cina sahaja.

“Hanya 29% syarikat yang mensyaratkan bahasa Mandarin sebagai syarat pekerjaan cuba memanggil semula calon bukan Cina yang mampu bertutur bahasa Mandarin untuk menetapkam masa temu ramah,” katanya.

Beliau juga berkata, gejala “Ali Baba” menjadi semakin berleluasa semasa penghujung pemerintahan Barisan Nasional (BN), sekali gus membantutkan matlamat agenda ekonomi Bumiputera.

Justeru katanya, MTEM menggesa kerajaan PH, terutama Azmin Ali supaya terus menterjemahkan agenda Bumiputera dalam pentadbiran negara.

Seluruh ahli MTEM dan komuniti ekonomi Bumiputera akan berada di belakang mana-mana pemimpin yang tidak segan silu membela dan memperjuangkan agenda ekonomi Bumiputera.

MTEM adalah sebuah pertubuhan payung yang mewakili lebih 50 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) ekonomi orang Melayu di peringkat kebangsaan.

Terdapat kira-kira 120 pertubuhan ekonomi di peringkat negeri yang bernaung di bawah MTEM dan mewakili lebih 500,000 perniagaan milik orang Melayu. – FMT

Tags: bumiputeraMTEM
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Nik Azman Dilantik Ketua Audit Negara

Next Post

Tiada Konsensus Dicapai Pembubaran BN

Related Posts

Kerajaan Komited Jayakan Agenda Bumiputera

13/08/2020
0

KUALA LUMPUR - Kerajaan komited untuk menjayakan agenda bumiputera melalui Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB2030) dan Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12)...

Pemerkasaan Agenda Bumiputera Perlu Inisiatif Berani, Radikal

10/08/2020
0

KUALA LUMPUR - Pemerkasaan agenda bumiputera memerlukan pelaksanaan strategi dan inisiatif yang berani dan radikal, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri...

Next Post

Tiada Konsensus Dicapai Pembubaran BN

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd