• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, September 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tiada Konsensus Dicapai Pembubaran BN

oleh
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – MCA dan MIC kekal bersama Barisan Nasional (BN) ekoran tiada sebarang konsensus dicapai mengenai pembubaran BN semasa mesyuarat Dewan Tertinggi BN yang berlangsung hari ini.

Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, menerusi mesyuarat tersebut MCA ada membawakan resolusi mengenai pembubaran BN namun tiada konsensus dicapai mengenai perkara berkenaan.

Namun begitu jelasnya, BN telah mengambil berat tentang satu lagi resolusi yang dibawa oleh MCA iaitu untuk sebuah jawatankuasa ditubuhkan bagi menstruktur semula gerak kerja BN bagi berhadapan dengan Pilihan Raya Umum Ke-15.

“Saya memang tahu ia (pembubaran) tidak akan tercapai kerana saya sendiri tidak bersetuju malah UMNO memang tidak mahu melihat BN dibubarkan.

“MCA punya resolusi adalah untuk membubar dan menyelaras semula BN, kita tiada konsensus mengenai pembubaran tetapi kita bersetuju untuk menyelaras semula BN mengikut kehendak semasa,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas mempengerusikan Mesyuarat Dewan Tertinggi BN di Menara Dato’ Onn di sini, hari ini.

Mesyuarat yang berlangsung lebih dua jam itu turut dihadiri oleh Presiden MCA, Datuk Seri Dr. Wee Ka Siong dan Presiden MIC, Tan Sri S. A Vigneswaran. – UTUSAN ONLINE

Tags: Barisan NasionalMCAMICUMNO
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

UMNO Kenang Tun Dr Siti Hasmah, Titip Doa Buat Tun Mahathir

UMNO Kenang Tun Dr Siti Hasmah, Titip Doa Buat Tun Mahathir

28/09/2026
0

KUALA LUMPUR – Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menyifatkan pemergian Allahyarhamah Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali...

Projek Pengangkutan RM21 Bilion Untuk Pulau Pinang, Anthony Loke Perlu Jelaskan Agihan 13 Negeri Lain

Projek Pengangkutan RM21 Bilion Untuk Pulau Pinang, Anthony Loke Perlu Jelaskan Agihan 13 Negeri Lain

23/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Kerajaan digesa mendedahkan jumlah keseluruhan projek pengangkutan yang diluluskan kepada 13 negeri lain susulan dakwaan Pulau Pinang...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd