Wednesday, July 24, 2024

Creating liberating content

Sesi Persekolahan Sekolah Terjejas...

KUANTAN: Sesi persekolahan untuk sekolah terjejas banjir, termasuk yang dijadikan pusat pemindahan akan...

Akibat Makanan Goreng, 468...

SEORANG wanita yang suka makan makanan bergoreng terkejut apabila dimaklumkan oleh doktor bahawa...

Lelaki Dedahkan Saat Menakutkan...

MENGEJUTKAN….. Seorang lelaki yang ketagih untuk membesarkan bibirnya, terkejut apabila bibir yang telah...

Kehebatan Kapal AS Temui...

PANGKALAN BUN, Kalimantan – Kehebatan kapal tentera laut Amerika Syarikat (AS), USS Sampson...

Terima Kasih Peguam Negara Iktiraf UEC – Nie Ching

KUALA LUMPUR – Timbalan Menteri Pendidikan, Teo Nie Ching ternyata gembira dengan keputusan Lembaga Kelayakan Profesion Undang-undang Malaysia yang mengiktiraf Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC) sebagai setaraf dengan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) dan A-Levels.

Menerusi kenyataan yang ditulis dalam bahasa Mandarin dalam akaun Facebook rasminya malam tadi, Nie Ching turut mengucapkan tahniah secara khusus kepada Peguam Negara, Tommy Thomas yang merupakan Pengerusi Lembaga Kelayakan Profession Undang-undang Malaysia.

“Lembaga Kelayakan Profession Undang-undang Malaysia telah bersetuju UEC adalah setaraf dengan STPM dan A-Levels, dan perkara ini membolehkan pelajar persendirian Cina boleh membuat permohonan untuk menduduki Peperiksaan Sijil Amalan Guaman (PSAG).

“Terima kasih Peguam Negara,” katanya di sini.

Semalam, Tommy dalam kenyataan memaklumkan Peperiksaan Sijil Amalan Guaman (PSAG) akan menerima pakai kelayakan UEC pada tahap ‘Senior Middle 3’ untuk bermula 1 Januari 2021.

Katanya, perubahan itu dibuat sebagai maklum balas terhadap pelbagai cadangan daripada ramai orang dan pihaknya akan mendapatkan maklumat daripada beberapa universiti di United Kingdom (UK) mengenai penerimaan UEC sebagai syarat kelayakan untuk kemasukan ke program Ijazah Sarjana Muda Undang-undang. – UTUSAN ONLINE

Kategori