• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, August 16, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tengku Adnan Kekal Setiausaha Agung BN

oleh
08/03/2019
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Jawatan Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN) yang dipegang Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz sejak Oktober tahun lalu tidak diperakukan dengan sah mengikut kepada Perlembagaan parti tersebut.

Sehubungan itu, Ahli Parlimen Putrajaya, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor masih lagi menyandang jawatan berkenaan sejak tahun 2009.

Timbalan Pengerusi BN, Datuk Seri Mohamad Hasan ketika mengumumkan perkara berkenaan menegaskan, Tengku Adnan masih lagi Setiausaha Agung BN kerana tidak pernah meletakkan jawatan.

Mohamad malah memberitahu pelantikan Mohamed Nazri sebelum ini tidak pernah dibawa ke mesyuarat Dewan Tertinggi BN.

“Pelantikan Mohamed Nazri bukan tidak sah tetapi tidak diperakukan di peringkat tertinggi BN memandangkan piagam parti memutuskan apa sahaja keputusan yang diambil mesti melalui konsensus.

“Jadi, mesyuarat ini berjalan dengan kehadiran Tengku Adnan dan semua pihak juga telah bersetuju bahawa beliau akan terus memegang jawatan berkenaan sehingga satu tarikh sama ada beliau mahu meletakkan jawatan atau diberhentikan,” katanya selepas mempengerusikan Mesyuarat Dewan Tertinggi BN di Menara Dato’ Onn di sini hari ini.

Yang turut hadir, Presiden MCA, Datuk Seri Dr. Wee Ka Siong dan Presiden MIC, Tan Sri S. A Vigneswaran. – UTUSAN ONLINE

Tags: Barisan NasionalNazri AzizTengku Adnan
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

RCI Tabung Haji Perlu Kaji Perkembangan Selepas 2020 Termasuk UJSB

RCI Tabung Haji Perlu Kaji Perkembangan Selepas 2020 Termasuk UJSB

13/08/2026
0

KUALA LUMPUR - Barisan Nasional (BN) meminta skop Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) berhubung pengurusan Lembaga Tabung Haji (TH) tidak terhad...

DAP Letak Jawatan Kabinet Boleh Akibatkan PRU Lebih Awal

DAP Letak Jawatan Kabinet Boleh Akibatkan PRU Lebih Awal

13/08/2026
0

KUALA LUMPUR - Tindakan pemimpin DAP meletak jawatan sebagai anggota Kabinet akan memberi peluang kepada Barisan Nasional (BN) untuk menarik...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd