• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 17, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Selangor Boleh Menjadi Pengeluar Ganja Terbesar

oleh
20/03/2019
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM – Kerajaan Selangor dicadang supaya dapat mempertimbangkan untuk melaksanakan penanaman ganja bagi tujuan perubatan di negeri ini.

ADUN Jeram, Mohd Shaid Rosli berkata, menerusi Akta Dadah Merbahaya 1952 telah menyatakan bahawa mana-mana jabatan kerajaan boleh membuat penanaman ganja bagi tujuan perubatan.

Untuk tujuan itu, beliau berkata satu kajian bagi penanaman ini telah dilaksanakan oleh Pengarah Pusat Racun Negara Universiti Sains Malaysia (USM), Prof. Datuk Dr. Mohamed Isa Abd. Majid dengan kerjasama sebuah syarikat tempatan dalam usaha menjadikan industri ini sebagai tanaman komersil untuk tujuan penyelidikan perubatan serta eksport.

“Apa yang penting kajian ini dibolehkan sekiranya mendapat kelulusan menteri kesihatan.

“Memandangkan Menteri Kesihatan, Datuk Dr. Dzulkefly Ahmad merupakan Ahli Parlimen Kuala Selangor, jadi kerajaan negeri boleh memberi kerjasama untuk bincang mengenai penanaman, pemprosesan serta pengeksportan ganja yang dapat memberi pulangan lumayan,” katanya ketika membahaskan ucapan junjung kasih atas titah Sultan Selangor hari ini.

Mengulas lanjut, Mohd Shaid berkata, tanaman ganja dapat memberi pulangan besar iaitu sekitar RM9 juta setahun bagi keluasan tanah satu ekar meliputi tiga kali proses penuaian.

Beliau berkata, jumlah ini dilihat melebihi pulangan tanaman sawit yang hanya memperoleh sekitar RM3,000 bagi tanaman berkeluasan satu ekar.

“Dan sekiranya Selangor dapat mengusahakan lebih daripada 100 ekar, kita akan jadi pengeluar terbesar di negara ini yang turut memberi pulangan lumayan,” katanya.

Dalam pada itu, Mohd Shaid berkata lokasi bagi penanaman dan pemprosesan juga dicadangkan dilaksanakan di satu kawasan dan ia hanya boleh diakses oleh pihak tertentu sahaja.

Tambah beliau, pelaksanaan ini juga akan memberi peluang pekerjaan kepada orang ramai khususnya rakyat di negeri ini.

“Jangan risau mengenai pasaran gelap dan sebagainya kerana kita perlu ketatkan sistem agar tidak berlaku ketirisan serta penagihan di kalangan masyarakat,” katanya. – Sinar Harian

Tags: ganjaselangor
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Selangor, Pulau Pinang Membangun Kerana Pentadbiran Negeri Melibatkan DAP – Teh Swee Leong

Selangor, Pulau Pinang Membangun Kerana Pentadbiran Negeri Melibatkan DAP – Teh Swee Leong

09/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Seorang pemimpin DAP mendakwa negeri yang mempunyai penglibatan parti itu dalam pentadbiran kerajaannya menunjukkan pembangunan ekonomi yang...

Bekas Pemimpin DAP Ronnie Liu Dakwa Penternak Babi Keliru, Buntu

Bekas Pemimpin DAP Ronnie Liu Dakwa Penternak Babi Keliru, Buntu

08/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Bekas pemimpin DAP, Ronnie Liu Tian Khiew mendakwa penternak babi kini berada dalam keadaan keliru dan buntu...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd