• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, July 17, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Riuh Malaysia Bakal Ada Kereta Terbang

oleh
04/03/2019
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SIAPA sangka, kisah kereta boleh terbang di udara yang pada suatu ketika dahulu adalah kisah sains fiksyen seperti yang kita tonton menerusi filem Back to the Future, namun bakal menjadi kenyataan tidak lama lagi di Malaysia.

Beberapa hari lalu, Menteri Pembangunan Usahawan, Datuk Seri Mohd. Redzuan Yusof mendakwa prototaip kereta terbang sudah pun siap dan demonstrasi dijangka dibuat tahun ini.

Menurutnya, prototaip kereta terbang sudah ada dan pembuatan dianggarkan sekitar AS$300,000 (RM1.23 juta).

Bahkan, katanya, kereta terbang yang dibangunkan itu mampu terbang dengan selamat dan berupaya terbang pada altitud rendah dan pada kelajuan munasabah. Malah, beliau sendiri akan cuba naik kenderaan berkenaan.

Ironi, kereta terbang yang bakal direalisasikan kerajaan tahun ini hanya untuk kegunaan industri pengangkutan dan bukan untuk dijual kepada orang awam.

Penulis tiada halangan dengan kewujudan kereta terbang di Malaysia. Hal ini kerana ia mampu mengangkat nama Malaysia di mata dunia.

Bercakap pasal perkembangan teknologi pada hari ini, Malaysia seharusnya melibatkan diri dalam apa jua perkembangan yang turut dilaksanakan negara maju.

Pada masa sama, isu kesesakan lalu lintas ini memang dihadapi satu dunia. Negara maju turut melaksanakan alternatif serupa. Maka, dengan kewujudan kereta terbang ini secara tidak langsung kita dapat mengurangkan ke­sesakan lalu lintas di jalan raya.

Memang tidak semua golongan akan mampu menaiki pengangkutan kereta terbang itu, namun ‘golongan tertentu’ itulah nanti yang berjaya mengurangkan kesesakan lalu lintas kelak.

Cumanya, besar harapan penulis agar pihak kerajaan juga dapat memberi tumpuan dan keseimbangan pada perkara-perkara lain. Gusar ada hal terpenting dilupakan dalam keriuhan memberi fokus pada kereta terbang.

Sebagai contoh, penulis berharap pihak kerajaan dapat memberi fokus pada golongan usahawan bumiputera yang dikatakan hanya menyumbang 8 peratus iaitu kira-kira RM104 juta dalam Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada setiap tahun.

Jumlah berkenaan disifatkan terlalu rendah berbanding nilai keseluruhan KDNK iaitu RM1.3 trilion walaupun banyak program dan langkah pembangunan usahawan dilakukan untuk kaum bumiputera, khasnya golongan muda.

Kenapa perkara itu masih terjadi? Barangkali golongan usahawan muda ini patut diberi kemudahan pinjaman bank atau apa-apa kemudahan lain lagi agar peratusan mereka dalam KDNK dapat dipertingkatkan.

Pada masa sama, industri kecil dan sederhana (IKS) juga harus diperluas dan bantuan kerajaan diperlukan bagi membantu penggiat industri meningkatkan kualiti dan kemahiran dan teknologi dalam bidang masing-masing.

IKS perlu menjadi sektor sokongan kepada pertumbuhan industri utama negara kerana negara bukan lagi sekadar negara pengguna.

Pentingnya pihak kerajaan mempunyai eagle view agar keseimbangan dapat dicapai sekali gus tidak alpa pada isu-isu semasa yang harus dititikberatkan. – K! Online

Tags: kereta terbang
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Isteri Pertama Halang Sebab Utama Nikah Di Thailand

Next Post

Gol Syahmi ‘Calon’ Anugerah Puskas FIFA

Related Posts

Banyak Perkara Dalam Wawasan 2020 Dicapai – Mahathir

06/01/2020
0

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad hari ini berkata, walaupun Wawasan 2020 tidak mencapai sepenuhnya apa yang...

Ambil Anak Di Taska Naik Kereta Terbang

03/01/2020
0

SHAH ALAM - Seorang lelaki berkongsi beberapa keping gambar di media sosial yang memaparkan dia mengambil anak di taska menggunakan...

Next Post

Gol Syahmi 'Calon' Anugerah Puskas FIFA

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd