• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Banyak Perkara Dalam Wawasan 2020 Dicapai – Mahathir

oleh
06/01/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad hari ini berkata, walaupun Wawasan 2020 tidak mencapai sepenuhnya apa yang dirancang namun Malaysia telah mencapai banyak kemajuan dan perubahan berbanding ketika wawasan itu dilancarkan pada 1991.

“Walaupun kita tidak capai sepenuhnya tetapi sedikit sebanyak kita telah capai Wawasan 2020. Kalau dibandingkan Malaysia hari ini…2020 dan Malaysia di waktu kita melancarkan wawasan ini pada 1991, kita akan lihat perbezaannya.

“Rakyat lebih makmur, negara lebih makmur dan pembangunan sudah terlihat jelas di seluruh negara, infrastruktur yang lebih baik. Hakikatnya adalah banyak daripada Wawasan 2020 ini telah pun dicapai,” katanya dalam segmen Kool Talk di saluran radio Kool fm, pagi ini.

Dr. Mahathir berkata, apa yang berlaku, Malaysia belum sampai ke tahap yang boleh dikatakan sebagai negara maju kerana ada bidang-bidang tertentu yang kita masih ketinggalan.

“Dan inilah yang menyebabkan kita akui kita tidak mencapai Wawasan 2020,” katanya.

Perdana Menteri berkata, Wawasan 2020 bertujuan menjadikan Malaysia sebuah negara maju, dengan mengatasi sembilan cabaran.

“Untuk menjadi negara maju ini, kita ingin mengatasi sembilan cabaran Wawasan 2020 iaitu negara yang bersatu, masyarakat berjiwa bebas, masyarakat demokratik, masyarakat bermoral dan beretika, masyarakat liberal, masyarakat progresif dan saintifik, masyarakat penyayang, masyarakat yang adil dalam bidang ekonomi serta masyarakat makmur.

“Inilah tujuan kita, yang kalau kita mencapai tujuan sembilan ini, maka kita akan dianggap sebagai negara maju selain daripada kemajuan dalam bidang lain seperti pelajaran, teknologi, sosial, ekuiti dan sebagainya,” katanya.

Dr. Mahathir berharap masyarakat memahami apa sebenarnya cabaran yang digariskan dalam Wawasan 2020 itu.

“Saya harap tidak ada pihak lagi yang bercakap bahawa Wawasan 2020 ini bermakna ada kereta bermotor yang boleh terbang. Itu bukan wawasan kita, itu adalah kemajuan yang dicapai mungkin di negara lain,” katanya.

Tags: kereta terbangMahathir MohamadWawasan 2020
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Mahathir Bakal Tubuh Gagasan Melayu-Islam Baru

Mahathir Bakal Tubuh Gagasan Melayu-Islam Baru

04/08/2022
0

Satu gagasan baru berteraskan agenda Melayu dan Islam yang dipimpin Dr Mahathir Mohamad bakal ditubuhkan. Ikuti Mynewshub: Telegram Pada majlis solat...

Tun M Minta Semak Semula Bajet 2022

02/11/2021
0

KUALA LUMPUR - Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad meminta kerajaan menyemak semula Bajet 2022, belanjawan terbesar dalam sejarah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd