Saturday, October 5, 2024

Creating liberating content

Permaisuri Agong Terima Kunjungan...

KUALA LUMPUR - Raja Permaisuri Agong Tuanku Hajah Haminah hari ini menerima kunjungan...

PA Firma Guaman Dapat...

TUAH berpihak kepada seorang pembantu peribadi di sebuah firma guaman, Siti Nuraishah apabila...

Neelofa Sekeluarga Kena RM60,000,...

KUALA LUMPUR - Pagi tadi, pihak polis balai Dang Wangi di sini mengeluarkan...

Suspek Kes Buang Sisa...

SHAH ALAM - Seorang lelaki tempatan ditahan kerana disyaki terbabit kes pembuangan sisa...

Remaja Didakwa Sebar Video Serangan Masjid Al Noor

CHRISTCHURCH – Seorang remaja berusia 18 tahun dihadapkan ke sebuah mahkamah New Zealand hari ini atas dakwaan menyebarkan video penstriman tembakan rambang di Masjid Al Noor, Jumaat lalu.

Dia juga dituduh menyiarkan sekeping gambar masjid itu dengan mesej “sasaran diperolehi” dan mengapi-apikan keganasan.

Pendakwa raya berkata, tertuduh berdepan hukuman penjara maksimum 14 tahun bagi setiap pertuduhan.

Hakim tidak membenarkan remaja itu diikat jamin dan perbicaraan ditetapkan 8 April ini.

Kes itu menyusul seorang warga Australia, Brenton Tarrant, 28, yang didakwa melepaskan tembakan di Masjid Al Noor dan Linwood di sini, Jumaat lalu yang meragut 50 nyawa dan berpuluh lagi cedera.


Penyiasat dilaporkan berkata, setakat ini, remaja itu dipercayai tidak terbabit secara langsung dalam serangan itu.

Hakim Mahkamah Daerah, Stephen O’Driscoll menghalang media menyiarkan nama remaja terbabit dan butiran pendakwaan kes itu. – Agensi

Kategori