• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Rampasan 2.6 Tan Syabu Terbesar RM103.2 Juta

oleh
22/03/2019
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHRU – Polis berjaya menumpaskan satu sindiket pengedaran dadah antarabangsa apabila berjaya menahan enam lelaki dan merampas 2.6 tan syabu bernilai RM103.2 juta dalam tiga serbuan di Taman Desa Cemerlang, Ulu Tiram di sini Selasa lalu.

Dalam serbuan bermula pada pukul 7.30 pagi itu, kesemua suspek yang diberkas merupakan lelaki tempatan termasuk ketua sindiket masing-masing berusia antara 35 hingga 49 tahun.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman, Datuk Seri Mohmad Salleh berkata, kejayaan rampasan kali ini merupakan rampasan terbesar dalam sejarah Polis Diraja Malaysia (PDRM) hasil kerjasama erat daripada Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) dan Maritim Malaysia (APMM).

“Pada 19 Mac lalu, kita berjaya membongkar kegiatan satu sindiket pengedaran dadah dalam negara kita. Serbuan pertama dilakukan di sebuah ladang ternakan ikan dalam ladang kelapa sawit di Taman Desa Cemerlang di sini dan menahan tiga lelaki warga tempatan.

“Kita berjaya menemui 2.6 tan dadah jenis syabu bernilai RM103.2 juta dibungkus dalam bungkusan teh cina yang disembunyikan di dalam kontena,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seri Alam di sini.

Mohmad berkata, susulan serbuan pertama itu, kita melakukan dua tangkapan susulan dan menahan tiga lagi suspek di kawasan sama.

Menurutnya, selain rampasan dadah, pihaknya turut menyita tujuh buah kenderaan mewah termasuk Lexus, Toyota Camry serta Toyota Estima selain pelbagai barangan berharga bernilai RM489,000.

Jelasnya, siasatan mendapati bekalan dadah itu mampu digunakan oleh 10.3 juta penagih dadah serta bekalan itu dipercayai diseludup dari negara Myanmar, Kemboja dan Thailand yang menjadikan negara ini sebagai transit sebelum diedar ke negara di Asia Pasifik.

“Kesemua suspek ini memiliki rekod jenayah lampau berkaitan dadah namun ujian air kencing ke atas mereka didapati negatif,” katanya.

Kesemua tangkapan direman sehingga 27 Mac ini bagi membantu siasatan lanjut dibawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952. – K! ONLINE

Tags: dadahSyabu
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Pesara Polis Wanita Ditahan Selepas Dikejar Lebih 50KM, Positif Dadah

Pesara Polis Wanita Ditahan Selepas Dikejar Lebih 50KM, Positif Dadah

12/05/2026
0

Oleh Mynewshub  REMBAU – Seorang pesara polis wanita berusia 65 tahun ditahan selepas bertindak melarikan diri daripada polis dalam kejadian...

‘Ini bukanlah isu perkauman, kerana sesiapa sahaja boleh menjadi mangsa’ – MCA

‘Ini bukanlah isu perkauman, kerana sesiapa sahaja boleh menjadi mangsa’ – MCA

30/03/2026
0

KUALA LUMPUR – Naib Presiden MCA, Datuk IR Lawrence Low menggesa tindakan serius diambil terhadap isu pemandu mabuk serta mereka...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd