• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PRK Rantau: SPR Hantar Kad Pengundi Mulai Hari Ini

oleh
27/03/2019
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan menghantar kad pengundi kepada 20,922 orang pengundi bagi memudahkan mereka untuk keluar mengundi pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau, Negeri Sembilan.

Pengerusinya, Azhar Azizan Harun berkata, SPR akan mengedarkan kad tersebut kepada semua pengundi bagi PRK DUN Rantau iaitu seramai 118 orang pengundi awal dan 20,804 orang pengundi biasa mulai hari ini.

Jelasnya, kad pengundi itu mengandungi maklumat pengundian iaitu pusat mengundi, saluran, bilangan, tarikh dan masa mengundi.

“Maklumat tersebut akan memudahkan pengundi untuk keluar mengundi pada hari mengundi awal pada 9 April dan hari mengundi biasa pada 13 April.

“Pengundi yang telah menerima kad itu tidak lagi perlu membuat semakan di barung SPR untuk menyemak saluran dan nombor bilangan pengundi dalam daftar pemilih kerana kedua-dua maklumat berkaitan telah dinyatakan dalam kad tersebut,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Tegas Azhar, pengundi masih perlu membawa kad pengenalan bagi pengesahan identiti untuk mengundi dan diingatkan supaya membawa kad pengundi atau catatan maklumat daftar pemilih pada hari mengundi bagi memudahkan semakan.

Jelasnya, pengundi yang tidak menerima kad tersebut berkemungkinan kerana telah berpindah, mereka boleh membuat semakan maklumat pengundian iaitu pusat mengundi, saluran dan nombor bilangan melalui portal SPR, www.spr.gov.my atau aplikasi MySPR Semak.

Ujarnya, selain itu pengundi juga boleh membuat semakan melalui khidmat pesanan ringkas (SMS), SPR SEMAK nombor kad pengenalan hantar ke nombor 15888 atau menghubungi talian hotline SPR di 03-8892 7018.

Tags: PRK RantauSPR
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Onn Hafiz Seru Semua Pihak Berkempen Secara Matang, Berhemah, Tertib

Onn Hafiz Seru Semua Pihak Berkempen Secara Matang, Berhemah, Tertib

12/06/2026
0

JOHOR BAHRU - Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi menyeru semua pihak terlibat dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor...

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos, Tempoh Berkempen 14 Hari

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos, Tempoh Berkempen 14 Hari

12/06/2026
0

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) menetapkan 11 Julai 2026 sebagai hari mengundi bagi Pilihan Raya Negeri (PRN)...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd