• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, August 16, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

“PRK Fokus Agenda Pembangunan, Bukan Hanya Politik”

oleh
19/03/2019
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM – Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu, Dr. Muhammad Faiz Na’aman mengakui hutang yang ditinggalkan kerajaan terdahulu menjadi salah satu punca kerajaan PH belum menunaikan semua manifesto yang dijanjikan.

Menurutnya, selain pengurusan yang belum mantap, hutang sangat besar terutama melibatkan kes yang ditinggalkan BN dahulu menjadi penyebab kerajaan PH perlu menunda janji mereka.

“Tetapi bukan semua janji itu kita tidak tunaikan. Ia ada yang tunaikan dan ada yang dalam proses untuk ditunaikan.

“Saya yakin apabila sampai tempoh dapat bayar segala hutang di luar itu, sudah tentu wang yang ada boleh digunakan untuk tunaikan manifesto. Dan ada juga kejutan yang telah kita lakukan, contoh ambil alih tol dan cuba kurangkan kadar tol.

“Dalam pada itu, mengulas mengenai kemenangan BN di PRK Dun Semenyih, sama ada dijangka atau tidak, bagi saya, ia pada awalnya telah dijangka oleh PH.

“Semenyih memang kubu kuat BN sebelum ini, maka kemenangan parti itu di Semenyih sesuatu yang ada jangkaan di belakang ketika itu, kerana PRK itu bukan mudah untuk dihadapi.

“Kita hadapi sentimen semasa yang kuat dan perkembangan politik tanah air terutama kerjasama oleh UMNO dan PAS.

“Walau bagaimanapun, saya bersetuju PRK yang dilaksanakan perlu dijadikan fokus kepada pembangunan negara bukan dengan hanya berpolitik berpanjangan.”

Sementara itu, Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Datuk Lokman Noor Adam menyifatkan kerajaan PH gagal dalam menguruskan ekonomi negara selepas mengambil alih pentadbiran daripada BN sejak 9 Mei tahun lalu.

“Ia terbukti apabila kewangan negara gagal dipulihkan sehingga kini meskipun pelbagai langkah drastik dilakukan, antaranya menghapuskan bantuan dan kemudahan yang diperkenalkan ketika di bawah pemerintahan BN sebelum ini.

“Mereka (kerajaan PH) telah potong Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M), bantuan kepada nelayan dihentikan dan beberapa Klinik 1Malaysia telah ditutup.

“Mana hilangnya duit ini (hasil potongan terhadap pelbagai bantuan), kalau dihitung jumlahnya cukup tinggi.

“Ia tidak lain adalah disebabkan kerana kerajaan gagal jaga ekonomi negara dan rakyat juga sudah dapat melihat (kegagalan kerajaan PH),” katanya. – Sinar Harian

Tags: Barisan NasionalLokman Noor AdamPilihan Raya Kecil
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

RCI Tabung Haji Perlu Kaji Perkembangan Selepas 2020 Termasuk UJSB

RCI Tabung Haji Perlu Kaji Perkembangan Selepas 2020 Termasuk UJSB

13/08/2026
0

KUALA LUMPUR - Barisan Nasional (BN) meminta skop Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) berhubung pengurusan Lembaga Tabung Haji (TH) tidak terhad...

DAP Letak Jawatan Kabinet Boleh Akibatkan PRU Lebih Awal

DAP Letak Jawatan Kabinet Boleh Akibatkan PRU Lebih Awal

13/08/2026
0

KUALA LUMPUR - Tindakan pemimpin DAP meletak jawatan sebagai anggota Kabinet akan memberi peluang kepada Barisan Nasional (BN) untuk menarik...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd