• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 27, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Perbuatan Tidak Senonoh Berulang Di Bukit Tinggi

oleh
20/03/2019
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

BENTONG – Perbuatan tidak senonoh di sebuah pusat peranginan di Bukit Tinggi di sini berulang apabila sekumpulan wanita didapati hanya memakai seluar dan baju dalam ketika menyertai aktiviti di situ semalam.

Difahamkan, kejadian yang berlaku petang semalam itu melibatkan sebahagian daripada 80 wanita berusia dalam lingkungan 20-an yang menyertai program motivasi anjuran sebuah syarikat kecantikan daripada Johor dan Kuala Lumpur.

Timbalan Ketua Polis daerah, Deputi Superintenden Mohd. Shahril Abd. Rahman berkata, polis yang menerima laporan mengenai kejadian daripada penduduk setempat telah membuka kertas siasatan mengikut Seksyen 294 Kanun Keseksaan.

“Pada masa ini kita sedang mengambil keterangan daripada 30 wanita dan empat lelaki yang terlibat dalam aktiviti berkenaan untuk tindakan lanjut,” katanya di sini hari ini.

Pada 22 Januari tahun lalu, seramai 39 peserta satu program motivasi dipercayai melakukan tindakan melampau dengan berbogel dalam satu aktiviti sukan di kawasan padang pusat peranginan itu.

Susulan itu, polis telah menahan seramai 48 orang termasuk sembilan fasilitator program motivasi berkenaan bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 294 (a) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum tiga bulan atau denda atau kedua-duanya sekali.

Tags: bogelbukit tinggi
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Pasangan Kekasih Tua Kantoi ‘Projek’ Di Tanah Perkuburan Cina

Pasangan Kekasih Tua Kantoi ‘Projek’ Di Tanah Perkuburan Cina

23/03/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR - Tular di media sosial satu rakaman video memaparkan sepasang lelaki dan wanita dipercayai separuh usia...

Bogel Di Surau Plaza Tol, Dua Sahabat Dipenjara

Bogel Di Surau Plaza Tol, Dua Sahabat Dipenjara

13/11/2023
0

BATU PAHAT: Lelaki dan wanita didakwa di Mahkamah Majistret, di sini, hari ini atas tuduhan berbogel di surau plaza tol,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd