• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 18, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pencemaran Toksik: Tidak Perlu Kelas Gantian

oleh
29/03/2019
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHRU – Semua 111 sekolah yang ditutup akibat pencemaran sisa bahan kimia di Sungai Kim Kim tidak perlu mengadakan kelas gantian kerana cuti yang telah diisytiharkan untuk sekolah terlibat merupakan cuti bencana.

Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam dan Pendidikan negeri, Aminolhuda Hassan berkata, sesi pengajaran dan pembelajaran (PNP) di semua sekolah berkenaan akan berjalan seperti biasa, selepas sekolah kembali dibuka pada Ahad ini.

“Oleh kerana kita (sudah) isytihar dari segi keselamatan (bencana), (maka) cuti itu adalah cuti yang tidak perlu ganti.

“Peperiksaan juga tidak akan dianjak, namun guru diharap dapat menghabiskan silibus pembelajaran kerana mereka perlu kejar seminggu (tempoh cuti pencemaran) bagi memastikan pelajar dapat bersedia hadapi peperiksaan,” katanya.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Menteri Pendidikan, Maszlee Malik pada Selasa yang menyerahkan kepada Jabatan Pendidikan Negeri untuk membuat keputusan sama ada cuti akibat pencemaran itu perlu diganti dengan kelas gantian atau tidak.

Aminolhuda ditemui pemberita selepas menyertai Program Gotong-Royong Pasca Pencemaran Sungai Kim Kim di Sekolah Kebangsaan Tanjung Puteri Resort, di sini hari ini.

Terdahulu, beliau memberitahu semua sekolah yang terjejas akibat insiden tersebut wajib dibersihkan sehingga esok, sebelum dibuka semula pada Ahad ini.

“Semua tingkap dan kipas perlu dibuka untuk pastikan ada pengedaran udara. Selain itu, satu taklimat akan diadakan oleh pakar kepada sekolah terlibat pada 1 April bagi menerangkan langkah penjagaan seterusnya,” katanya.

Tags: pencemaran toksikSekolahsungai kim kim
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Sekolah Pentadbiran JAIS Tidak Dibenarkan Sambut Hari Guru?

Sekolah Pentadbiran JAIS Tidak Dibenarkan Sambut Hari Guru?

11/05/2026
0

SHAH ALAM - Satu surat didakwa dikeluarkan oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) tidak membenarkan sekolah di bawah pentadbiran institusi...

Aminuddin Buat Lawatan Rasmi Ke Sekolah, Teruskan Tugas MB Negeri Sembilan

Aminuddin Buat Lawatan Rasmi Ke Sekolah, Teruskan Tugas MB Negeri Sembilan

28/04/2026
0

SEREMBAN – Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun meneruskan tugas rasmi beliau walaupun berdepan dakwaan kehilangan sokongan majoriti...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd