• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, September 18, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PAS Hanya Sokong Mahathir, Bukan PPBM

oleh
04/03/2019
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PAS hanya menyatakan sokongan kepada Dr. Mahathir Mohamad sebagai perdana menteri jika ada usul undi tidak percaya di Parlimen, bukan sokongan kepada PPBM, kata Naib Presidennya, Mohd Amar Nik Abdullah.

“Mungkin perdana menteri salah faham (ketika pertemuan beliau dengan Presiden PAS, Abdul Hadi Awang di Putrajaya baru-baru ini),” katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis pengurniaan bintang kebesaran bersempena ulang tahun ke-49 keputeraan Sultan Kelantan di Istana Balai Besar, hari ini.

Majlis pengurniaan darjah kebesaran, bintang, pingat dan surat Kepujian kepada 393 penerima itu disempurnakan oleh Tengku Mahkota Kelantan, Tengku Muhammad Faiz Petra.

Mengulas mengenai dakwaan Mahathir bahawa kerjasama antara PAS dan UMNO ketika ini tidak akan memberi sebarang manfaat pada pilihan raya umum akan datang, Amar berkata banyak kemungkinan boleh berlaku sementara menunggu pilihan raya umum ke-15.

Sementara itu, Setiausaha Agung PAS, Takiyuddin Hassan berkata parti itu tidak bercadang mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak yang didakwa memfitnah PAS.

“Perkara-perkara berbentuk fitnah ini mungkin biasa bagi orang politik.

“Kitapun boleh jawab secara politik, tidak semestinya (secara) legal,” katanya yang bagaimanapun tidak menolak kemungkinan mengambil tindakan undang-undang jika dakwaan tersebut terlalu menjejaskan.

Tags: Mahathir MohamadMohd Amar Nik AbdullahPAS
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Pemimpin UMNO, PAS Dakwa Wujud ‘Ceplos Berbayar’, Bot Bina Naratif Politik

Pemimpin UMNO, PAS Dakwa Wujud ‘Ceplos Berbayar’, Bot Bina Naratif Politik

17/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Dua pemimpin UMNO dan PAS membangkitkan dakwaan mengenai penggunaan akaun media sosial berbayar, bot, robot serta kecerdasan...

Kerjasamalah Wahai PAS-UMNO, Jangan Tamak Kerusi

Kerjasamalah Wahai PAS-UMNO, Jangan Tamak Kerusi

06/09/2026
0

KUALA LUMPUR - PAS dan UMNO diingatkan supaya tidak tamak dalam soal pembahagian kerusi sekiranya benar-benar mahu menjayakan kerjasama politik...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd