• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Nur Aisyah: Polis Temui Toto Dengan Kesan Darah

oleh
07/03/2019
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

LANGKAWI – Toto yang mempunyai beberapa titisan darah dirampas dari rumah pasangan suami isteri di Kuarters Hospital Langkawi untuk membantu siasatan kes pembunuhan kanak-kanak perempuan berusia 3 tahun.

Ketua Polis Daerah Langkawi, Superintendan Mohd Iqbal Ibrahim berkata, toto itu diambil dari bilik tidur mangsa, Nur Aisyah Aleya Abdullah oleh Unit Forensik, petang semalam.

Menurutnya, pihaknya tidak menolak kemungkinan berlaku unsur penderaan terhadap mangsa di rumah berkenaan.

“Toto itu dihantar ke Jabatan Kimia untuk dianalisis. Kami akan teruskan siasatan terhadap suspek termasuk merakam percakapan semua anak pasangan itu bagi membantu siasatan,” katanya.

Mohd Iqbal berkata, ibu mangsa sudah dimaklumkan mengenai penemuan tengkorak dan cebisan rambut di kawasan gaung di Gunung Raya, dan kelihatan sedih dengan penemuan itu.

“Ibu mangsa sanggup beri kerjasama untuk ambil ujian asid deoksiribonukleik (DNA) di Hospital Langkawi. Sampel darah pasangan suspek itu juga akan diambil untuk bantu siasatan selepas kita temui titisan darah pada toto, ini kerana suspek wanita ada mengatakan suaminya pernah memukul,” katanya.

Menurutnya, Bahagian Siasatan Jenayah IPD Langkawi bersama Unit K-9 akan terus melakukan pencarian di lokasi penemuan tengkorak mangsa bagi mencari anggota badan lain.

“Kami bimbang anggota badan mangsa sudah dimakan binatang buas, kami turut perluaskan kawasan pencarian di sekitar hutan tebal itu,” katanya.

Bedah siasat terhadap penemuan cebisan rambut dan tengkorak Nur Aisyah Aleya akan dilakukan di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), Alor Setar, Jumaat ini, bagi mengetahui punca sebenar kematian kanak-kanak itu. – Sinar Harian

Tags: kes bunuhNur Aisyah Aleya
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Lelaki Dipercayai Bunuh Emak, Isteri Dan Dua Anak Sebelum Bunuh Diri

Lelaki Dipercayai Bunuh Emak, Isteri Dan Dua Anak Sebelum Bunuh Diri

17/02/2026
0

KUANTAN: Seorang lelaki dipercayai membunuh ibu, isteri dan dua anak perempuan sebelum membunuh diri di sebuah rumah di Taman Cherating...

Penjual Lembu Didakwa Bunuh Cikgu Sekolah Rendah

Penjual Lembu Didakwa Bunuh Cikgu Sekolah Rendah

06/02/2026
0

BANDAR BARU BANGI - Seorang penjual lembu didakwa di Mahkamah Majistret di sini pada Jumaat atas satu pertuduhan membunuh rakan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd