• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, September 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Nazri Sah Tidak Hadir Mesyuarat BN Jumaat Ini

oleh
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SETIAUSAHA Agung BN, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz mengesahkan tidak akan menghadiri Mesyuarat Dewan Tertinggi BN, Jumaat ini.

Ahli Parlimen Padang Rengas itu membuat keputusan tersebut supaya memberi laluan kepada MCA dan MIC hadir dalam mesyuarat penting tersebut.

“Saya betul-betul mahukan MCA dan MIC hadir Mesyuarat Dewan Tertinggi BN, sekiranya mereka tidak mahu saya hadir, saya tidak akan hadir.

“Mesyuarat Jumaat ini penting untuk MCA dan MIC mengemukakan resolusi parti mereka sebagai komponen BN. Jika betul MCA mahu bawa usul tinggalkan BN, ia akan diputuskan dalam mesyuarat itu, sebab itu mereka perlu hadir,” katanya ketika sidang media di Menara Datuk Onn di sini, hari ini.

Nazri bagaimanapun, menegaskan beliau tidak mahu meletakkan jawatan hanya kerana diasak MCA dan MIC bukannya kesepakatan BN keseluruhannya.

“Saya tidak mahu mengabaikan BN, saya mahu BN terus hidup. Saya benar-benar harap BN tidak akan dibubarkan.

“Posisi saya sebagai Setiausaha Agung BN ini dilantik, dilantik boleh dibuang. Kredibiliti saya dilantik, saya tak boleh letak jawatan, ia akan beri kesan kepada BN. Terserah kepada BN, saya tak datang tapi saya nak MCA dan MIC datang,” ujarnya.

Semalam, beliau memberitahu akan hadir Mesyuarat Dewan Tertinggi BN Jumaat ini, supaya MCA dan MIC berpeluang bercakap terus di depannya dan beliau akan mempertahankan dirinya.

“Tapi jika dua parti komponen itu enggan hadir jika saya hadir, saya tidak hadir. Mereka boleh bentangkan resolusi dan biar BN buat keputusan.

“Saya akan lakukan apa sahaja untuk menyokong ‘perkahwinan’ UMNO dan PAS ini, dan berharap ia turut diresapi di dalam BN yang dianggotai masyarakat berbilang kaum,” katanya.

Dalam pada itu, Nazri turut mempertahankan bahawa beliau tidak pernah melakukan provokasi terhadap mana-mana parti komponen BN.

Beliau sebaliknya, cuma mengutamakan survival politik Melayu, Islam dan masyarakat berbilang kaum.

Terdahulu, dalam satu kenyataan bersama, MCA dan MIC menegaskan tidak akan hadir dalam Mesyuarat Dewan Tertinggi BN sekiranya disertai Nazri.

Sementara itu, Nazri dalam reaksi balasnya mempelawa kedua-dua parti komponen BN itu hadir pada mesyuarat, Jumaat ini kerana beliau akan hadir sama. – Sinar Harian

Tags: Barisan NasionalMCAMICNazri Aziz
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Projek Pengangkutan RM21 Bilion Untuk Pulau Pinang, Anthony Loke Perlu Jelaskan Agihan 13 Negeri Lain

Projek Pengangkutan RM21 Bilion Untuk Pulau Pinang, Anthony Loke Perlu Jelaskan Agihan 13 Negeri Lain

23/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Kerajaan digesa mendedahkan jumlah keseluruhan projek pengangkutan yang diluluskan kepada 13 negeri lain susulan dakwaan Pulau Pinang...

Video Zahid Mahu Teruskan Persefahaman BN-PN Di Melaka Kembali Tular

Video Zahid Mahu Teruskan Persefahaman BN-PN Di Melaka Kembali Tular

22/08/2026
0

KUALA LUMPUR – Rakaman video kenyataan Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi pada 1 Ogos lalu...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd