• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

MIC Kekal, Jika Gabungan UMNO-PAS Untungkan BN

oleh
06/03/2019
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PRESIDEN MIC, SA Vigneswaran berkata, tidak salah UMNO bekerjasama dengan PAS, jika hubungan itu akan memanfaatkan Barisan Nasional.

Katanya, kerjasama itu bukan perkara baru kerana DAP dan PKR juga adalah sekutu kepada parti Melayu dan Islam seperti PPBM serta Amanah.

“Tiada apa yang perlu dibimbangkan jika MIC bekerjasama dengan PAS dan UMNO,” katanya kepada FMT susulan pengumuman UMNO berhubung kerjasama rasmi dengan parti Islam itu di peringkat Parlimen dan pilihan raya kecil.

Kelmarin, MIC dan MCA mengugut akan meninggalkan BN kerana tidak puas hati dengan kenyataan Setiausaha Agung BN, Nazri Aziz yang berbaur “perkauman”.

Nazri dilapor mempersoalkan pelantikan orang bukan Islam ke jawatan penting seperti peguam negara dan ketua hakim negara.

Vigneswaran dan Presiden MCA, Wee Ka Siong dilaporkan berkata, mereka tidak lagi yakin BN komited kepada konsep pelbagai kaum dan satu mesyuarat peringkat tertinggi perlu diadakan untuk meneroka “pakatan baru”.

Semalam, pemimpin tertinggi UMNO dan PAS berkata, kedua-dua parti itu “sudah bersanding” dan berikrar bertindak sebagai pembangkang secara bersama di Parlimen.

Vigneswaran berkata, MIC akan kekal dalam BN selagi ia mendapat manfaat daripada gabungan UMNO-PAS.

Tetapi, MCA kelihatan kurang yakin dengan Wee enggan mengulas mengenai perkembangan terbaru itu.

Sementara itu, Ketua Biro dan Strategi Dasar PPBM, Rais Hussin berkata, Pakatan Harapan perlu memfokuskan usaha melaksanakan janji pilihan rayanya.

“Ekonomi lebih penting daripada perkara lain,” katanya kepada FMT.

Beliau turut menyambut baik ikrar Timbalan Presiden UMNO, Mohamad Hasan untuk menyokong Dr. Mahathir Mohamad, jika berlaku undi tidak percaya di Parlimen. – FMT

Tags: Barisan NasionalMICPASUMNO
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pas Tiada Halangan Perpaduan Melayu Islam Tanpa DAP, Pakatan Harapan

Pas Tiada Halangan Perpaduan Melayu Islam Tanpa DAP, Pakatan Harapan

11/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Pas tidak menghalang usaha perpaduan Melayu dan Islam, namun menolak perpaduan yang menurut parti itu tidak mendaulatkan...

UMNO Junjung Kasih Keberangkatan Agong, Pemangku Sultan Johor Sempena Ulang Tahun Ke-80 Di Istana Besar Johor

UMNO Junjung Kasih Keberangkatan Agong, Pemangku Sultan Johor Sempena Ulang Tahun Ke-80 Di Istana Besar Johor

11/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Keberangkatan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim dan Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail sempena Sambutan Ulang Tahun...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd