• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 19, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Lelaki Lari Pemeriksaan Polis Maut Masuk Parit

oleh
22/03/2019
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SIMPANG PULAI – Seorang lelaki yang melarikan diri daripada pemeriksaan polis maut selepas kenderaan yang dipandunya terbabas ke dalam parit di Jalan Lahat di sini awal pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira pada pukul 2.45 pagi itu, mangsa, Teoh Kim Leng, 47, yang memandu kenderaan lasak pacuan empat roda jenis Toyota Hilux disahkan maut selepas mengalami kecederaan parah.

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Mohd. Ali Tamby berkata, kejadian berlaku ketika sepasukan anggota polis sedang melakukan rondaan di Jalan Pasir Puteh.

“Anggota melihat kenderaan yang dipandu mangsa dalam keadaan berbahaya dan mencurigakan sebelum cuba menahannya.

“Bagaimanapun lelaki tersebut bertindak melarikan diri dengan memecut kenderaannya,” katanya ketika dihubungi Kosmo! Online sebentar tadi.

Tambah Mohd. Ali, tiba di lokasi kejadian iaitu kira-kira enam kilometer dari pekan Pasir Puteh, kenderaan mangsa hilang kawalan ketika melalui selekoh sebelum terbabas masuk ke dalam parit.

“Pemeriksaan anggota mendapati pemandu tersebut maut di tempat kejadian.

“Mayatnya dibawa ke Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh untuk proses bedah siasat,” katanya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. – K! ONLINE

Tags: kereta terbabaspemeriksaan polis
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Rundingan Gencatan Senjata Capai ‘Kemajuan Ketara’

Kereta Terbabas, Terbalik Selepas ‘Aksi’ Pandu Melulu, Himpit

08/04/2024
0

KUALA LUMPUR - Pemandu dan penumpang sebuah kereta cedera setelah kenderaan dinaiki terbabas dan terbalik selepas dihimpit sebuah Honda City...

Guru Didakwa Perdagang Wanita Untuk Eksploitasi Seks

Wanita Maut Kereta Terbabas Langgar Treler Tepi Jalan

21/03/2024
0

LIPIS - Seorang wanita maut selepas kereta dinaiki bersama dua yang lain terbabit kemalangan dengan sebuah treler di Kilometer 35,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd