• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Lebih 50 Lelaki Jadi Mangsa Keganasan Rumah Tangga

oleh
21/03/2019
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) merekodkan sejumlah 56 lelaki menjadi mangsa keganasan rumah tangga dari Jun 2017 hingga Jun tahun lepas.

Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Hannah Yeoh berkata jumlah itu merupakan 5.4% daripada keseluruhan kes iaitu sebanyak 1,037 kes.

Beliau berkata daripada keseluruhan kes itu, ia antaranya melibatkan 484 kes mencederakan mangsa secara fizikal dan 401 kes sengaja meletakkan mangsa dalam keadaan ketakutan.

“Manakala sebanyak 69 kes adalah penderaan secara psikologi dan emosi serta melakukan khianat atau merosakkan harta dengan niat menyebabkan kesedihan dan kegusaran sebanyak 30 kes,” katanya di persidangan Dewan Rakyat, hari ini.

Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan Halimah Mohamed Sadique (BN-Kota Tinggi) yang ingin tahu jumlah kes keganasan rumah tangga yang dilaporkan kepada JKM bagi tempoh 2017 hingga kini.

Yeoh berkata kementerian melakukan pindaan berkenaan Akta Keganasan Rumah Tangga dan mempertingkatkan lagi usaha memberikan perlindungan kepada mangsa dengan cara memberi perintah perlindungan sementara, memindahkan mangsa supaya tinggal berasingan atau kembali ke rumah ibu bapa dan saudara-mara.

Tags: Hannah Yeohkeganasan rumah tangga
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

163 Rumah Ibadat Bukan Islam Atas Tanah Kerajaan Ditangani Secara  Berhemah Penuh Hormat

163 Rumah Ibadat Bukan Islam Atas Tanah Kerajaan Ditangani Secara Berhemah Penuh Hormat

23/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Sebanyak 163 Rumah Ibadat Bukan Islam (RIBI) tanpa kebenaran dikenal pasti berada di atas tanah kerajaan berdasarkan...

Alasan Yang Memalukan…

Alasan Yang Memalukan…

17/04/2026
0

Oleh : Lim Sian See Alasan “lebih baik daripada tak buat apa-apa” yang diberikan oleh Hannah Yeoh selepas dikritik hebat...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd