• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 27, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Krisis Air: Kenapa Projek Aset Air Di Kedah Dihentikan?

oleh
22/03/2019
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

ALOR SETAR – Pemuda UMNO negeri mendesak kerajaan Pakatan Harapan (PH) dan negeri mencari jalan penyelesaian segera dalam mengatasi masalah air di Kedah selain membela nasib penoreh getah, pesawah, nelayan serta pekebun kecil yang dihimpit masalah.

Dalam masa sama, pergerakan itu juga mempersoalkan mengapakah peruntukan yang diluluskan kerajaan terdahulu untuk program pembangunan aset air di Kedah yang sekali gus bakal menyelesaikan krisis bekalan sumber berkenaan di negeri ini tidak diteruskan.

Ketua Penerangan Pergerakan Pemuda UMNO negeri, Syed Mohd Johan Rizal Syed Unan Mashri berkata, antara projek tersebut adalah seperti menaik taraf lima Loji Rawatan Air (LRA) di Pelubang, Jenun Baru, Bukit Selambau, Sungai Limau dan Lubuk Buntar Lama selain projek bekalan air luar bandar.

“Malangnya apabila kerajaan diambil alih oleh PH, pelbagai projek ini difahamkan telah dihentikan. Krisis bekalan air di Kedah dilihat semakin meruncing dan memerlukan penyelesaian segera.

“Kami mendesak kerajaan PH sudah-sudahlah hanya memberi penyelesaian jangka pendek terhadap masalah air di Kedah namun keutamaan boleh pula diberikan kepada projek-projek mega yang entah bila bakal terlaksana,” katanya di sini, hari ini.

Terdahulu, Utusan Online melaporkan kira- kira 50,000 penduduk di kawasan Merbok terjejas teruk berikutan krisis bekalan air yang melanda daerah itu sejak hampir sebulan lalu.

Timbalan Pesuruhjaya PAS negeri, Muhammad Sanusi Md. Nor dilaporkan berkata, krisis tersebut disifatkan paling buruk dalam tempoh 20 tahun selain menggesa kerajaan segera membina LRA di Bukit Selambau.

Katanya, pembinaan loji tersebut sahaja dilihat sebagai langkah paling berkesan untuk menyelesaikan masalah ini khususnya apabila negeri ini dilanda musim kemarau seperti sekarang.

Sementara itu, Syed Mohd. Johan mempersoal tindakan Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali yang memaklumkan bahawa projek pembinaan lapangan terbang antarabangsa di Kulim adalah melalui pembiayaan swasta.

“Pada 19 Mac lalu, Mohamed Azmin mengumumkan kerajaan telah meluluskan peruntukan RM1.6 bilion untuk projek Lapangan Terbang Antarabangsa Kulim, tetapi hari ini beliau mengubah nada dengan berkata projek mega itu akan dibiayai swasta.

“Selepas dikritik mengenai pengumuman berkenaan berikutan kerajaan selalu ‘menjaja’ tiada wang tetapi mempunyai dana bagi membina lapangan terbang, tiba-tiba dalam masa dua hari kerajaan mengubah pendirian.

“Pemuda UMNO Kedah melihat sandiwara Azmin ini satu lagi cubaan bagi menipu rakyat. Hanya bagi menyedapkan perkataan bagi pengucapnya dan menguja mereka yang mendengar,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tags: Kedahkrisis airpakatan harapan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

‘Menolak DAP Bukan Bermakna Menolak Kaum Cina’

‘Menolak DAP Bukan Bermakna Menolak Kaum Cina’

26/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Menolak DAP tidak bermakna menolak kaum Cina kerana politik dan kaum merupakan dua perkara berbeza. Exco Pengajian...

DAP Bantah Syarat 50% Ekuiti Bumiputera Dalam Pelupusan Tanah, Minta Kembalikan Kepada 30%

DAP Bantah Syarat 50% Ekuiti Bumiputera Dalam Pelupusan Tanah, Minta Kembalikan Kepada 30%

24/05/2026
0

KUALA LUMPUR - DAP membantah peningkatan pegangan ekuiti bumiputera kepada 50 peratus bagi pelupusan hartanah bernilai melebihi RM20 juta oleh...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd