• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, October 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

KL-Singapura Laluan Penerbangan Tersibuk Di Dunia

oleh
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Laluan penerbangan Kuala Lumpur-Singapura, dengan 30,187 penerbangan setahun, merupakan laluan antarabangsa paling sibuk di dunia, buat tahun kedua berturut-turut.

Hong Kong-Taipei pula menyusul sebagai laluan antarabangsa kedua paling sibuk secara keseluruhan dengan 28,447 penerbangan beroperasi, menurut OAG, pembekal data perjalanan global.

Dalam satu kenyataan, OAG berkata, laluan Jakarta-Singapura, Hong Kong-Shanghai dan Jakarta-Kuala Lumpur, melengkapkan lima laluan utama antarabangsa yang paling sibuk di dunia, berkemungkinan disebabkan oleh permintaan yang tinggi untuk syarikat penerbangan tambang murah, terutama yang beroperasi di Jakarta dan Kuala Lumpur.

Asia Pasifik adalah tempat kepada 15 daripada 20 laluan utama antarabangsa paling sibuk dan 13 daripada 20 laluan utama domestik paling sibuk di seluruh dunia, katanya.

Ketua ASPAC OAG Mayur Patel berkata, penguasaan Asia di dalam laluan paling sibuk di dunia mencerminkan pertumbuhan pelancongan di rantau itu.

“Sebagai tambahan kepada Hong Kong, yang memainkan peranan perhubungan strategik untuk banyak syarikat penerbangan, Singapura, Kuala Lumpur dan Jakarta telah menjadi ‘segitiga emas’ Asia yang baharu, sekali gus meniru pengaruh oleh hab Amerika Syarikat yang utama, Boston, New York dan Washington,” katanya dalam kenyataan itu.

Analisis OAG, yang didasarkan kepada jumlah penerbangan yang beroperasi, termasuk tanggapan terhadap prestasi tepat masa (OTP) dan kekerapan syarikat penerbangan di peringkat laluan, di dalam dan di luar negara.

Maklumat lanjut mengenai laluan antarabangsa dan domestik yang paling sibuk di dunia boleh didapati melayari https://www.oag.com/worlds-busiest-international-and-domestic-routes.

Tags: kuala lumpurlaluan penerbanganSingapura
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

2 Pelajar MRSM Alor Gajah Hilang Ditemui Di Kuala Lumpur

2 Pelajar MRSM Alor Gajah Hilang Ditemui Di Kuala Lumpur

15/08/2026
0

KUALA LUMPUR - Dua pelajar Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Alor Gajah, Melaka yang dilaporkan hilang sebelum ini ditemui di...

Cuaca Berjerebu, IPU Semakin Meningkat

Cuaca Berjerebu, IPU Semakin Meningkat

14/08/2026
0

KUALA LUMPUR - Jabatan Alam Sekitar Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JAS WPKL) memaklumkan ibu negara mencatatkan kemerosotan kualiti udara dan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd