• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kes Bunuh Zulfarhan: 30 Penuntut UPNM Dipanggil

oleh
07/03/2019
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Mahkamah Tinggi di sini yang mendengar kes Pegawai Kadet Laut Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM), Zulfarhan Osman Zulkarnain yang meninggal dunia disyaki didera rakan seuniversitinya, dua tahun lepas, diberitahu seramai 30 penuntut UPNM telah ditahan bagi membantu siasatan kes itu sebelum ini.

Pegawai Penyiasat Kanan Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Sepang, Asisten Superintendan Wan Azirul Nizam Che Wan Aziz berkata 30 penuntut yang ditahan itu termasuk enam tertuduh yang didakwa membunuh Zulfahan Osman, 13 tertuduh yang didakwa dengan sengaja menyebabkan cedera terhadap mangsa serta beberapa daripada mereka telah memberi keterangan sebagai saksi pendakwaan.

“Saya setuju,” kata saksi pendakwaan ke-29 itu kepada cadangan peguam Amer Hamzah Arshad ketika pemeriksaan balas bahawa kesemua penuntut itu sebelum ini disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Amer Hamzah mewakili tertuduh pertama, Muhammad Akmal Zuhairi Azmal dan tertuduh kedua, Muhammad Azamuddin Mad Sofi dalam perbicaraan kes pembunuhan itu.

Wan Azirul Nizam juga bersetuju dengan cadangan Amer Hamzah bahawa daripada 30 penuntut terbabit, ada sebahagian daripada mereka telah didakwa di mahkamah dan ada yang dipanggil sebagai saksi pendakwaan.

Kepada cadangan peguam itu bahawa ada juga antara penuntut yang ditahan tidak didakwa mahupun dipanggil sebagai saksi pendakwaan, Wan Azirul Nizam berkata, “saya setuju,” katanya.

Menjawab soalan Amer Hamzah mengenai siapakah yang menentukan penuntut mana yang akan didakwa dan yang akan dijadikan saksi pendakwaan di mahkamah, Wan Azirul Nizam berkata beliau yang telah mencadangkan individu terbabit.

“Saya yang memberikan cadangan setelah merujuk kepada Pengarah Pendakwaan Kuala Lumpur,” katanya.

Pada prosiding itu, sebuah kerusi roda yang dipercayai digunakan untuk membawa Zulfarhan Osman dibawa ke mahkamah dan dicamkan pegawai penyiasat itu.

Selain kerusi roda, Wan Azirul Nizam turut mengecam seterika wap dan tali pinggang taekwondo yang dipercayai digunakan tertuduh dalam kes itu.

Enam penuntut UPNM iaitu Muhammad Akmal Zuhairi, Muhammad Azamuddin, Muhammad Najib Mohd Razi, Muhammad Afif Najmudin Azahat, Mohamad Shobirin Sabri dan Abdoul Hakeem Mohd Ali mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan membunuh dan bersubahat membunuh Zulfarhan Osman di bilik 04-10, blok penginapan asrama Jebat, UPNM antara 4.45 pagi dan 5.45 pagi, 22 Mei 2017.

Pertuduhan terhadap mereka yang kesemuanya berusia 23 tahun, dibuat mengikut Seksyen 302 dan 109 Kanun Keseksaan memperuntukkan hukuman mati mandatori, jika sabit kesalahan.

Keenam-enam mereka bersama 13 lagi penuntut lain turut didakwa atas pertuduhan dengan sengaja menyebabkan cedera terhadap mangsa bagi maksud hendak memerasnya untuk mendapatkan pengakuan mencuri komputer riba, mengikut Seksyen 330 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama yang memperuntuk hukuman penjara maksimum tujuh tahun dan denda, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Pengarah Pendakwaan Kuala Lumpur, Othman Abdullah dan Timbalan Pendakwa Raya, N. Joy Jothi.

Perbicaraan di hadapan Hakim Datuk Azman Abdullah bersambung esok.

Tags: kes bunuhZulfarhan Osman
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Lelaki Dipercayai Bunuh Emak, Isteri Dan Dua Anak Sebelum Bunuh Diri

Lelaki Dipercayai Bunuh Emak, Isteri Dan Dua Anak Sebelum Bunuh Diri

17/02/2026
0

KUANTAN: Seorang lelaki dipercayai membunuh ibu, isteri dan dua anak perempuan sebelum membunuh diri di sebuah rumah di Taman Cherating...

Penjual Lembu Didakwa Bunuh Cikgu Sekolah Rendah

Penjual Lembu Didakwa Bunuh Cikgu Sekolah Rendah

06/02/2026
0

BANDAR BARU BANGI - Seorang penjual lembu didakwa di Mahkamah Majistret di sini pada Jumaat atas satu pertuduhan membunuh rakan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd