• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 25, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kereta Nasional Ketiga: 2 Syarikat Disenarai Pendek

oleh
20/03/2019
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Menteri Pembangunan Usahawan (MED), Datuk Seri Mohd Redzuan Md Yusof memberitahu, pemilihan syarikat menerajui projek pengeluaran kereta nasional ketiga berada pada peringkat akhir.

Beliau berkata, setakat ini sebanyak dua buah syarikat yang berpotensi sudah disenarai pendek bagi membangunkan projek kereta nasional berkenaan.

“Kini kita dalam peringkat akhir meneliti pelbagai aspek dan pemilihan akan dimuktamadkan selepas menyelesaikan beberapa perkara.

“Diharapkan, menerusi projek ini secara tidak langsung ia dapat membangunkan bidang keusahawanan negara dalam sektor kejuruteraan,” katanya hari ini.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan Majlis Apresiasi (MED) 2019 di Menara Kembar Bank Rakyat, di sini.

Turut hadir ialah Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan, Datuk Wira Dr. Mohd Hatta Ramli dan Ketua Setiausaha kementerian, Datuk Wan Suraya Wan Mohd Radzi.

Ditanya mengenai latar belakang dua syarikat yang disenarai pendek tersebut, beliau hanya memberi gambaran ringkas.

“Seperti yang kita sedia maklum, Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad mengamalkan dasar pandang ke Timur,” jelasnya.

Pada Jun tahun lalu, Dr. Mahathir Mohamad, dilaporkan bercadang mewujudkan jenama kereta nasional baharu bagi menggantikan Proton yang tidak dianggap sebagai jenama nasional selepas hampir separuh ekuitinya dijual kepada syarikat asing, Geely. – Sinar Harian

Tags: kereta nasional 3.0Redzuan Md Yusof
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Khalid Mahu Saman Najib, Redzuan

09/03/2020
0

SHAH ALAM - Bekas Menteri Wilayah Persekutuan, Khalid Abdul Samad akan mengambil tindakan undang-undang terhadap dua pemimpin Perikatan Nasional yang...

Redzuan Mahu Khalid Samad Minta Maaf Kepada Agong

07/03/2020
0

PETALING JAYA - Seorang bekas menteri Kabinet yang bersepakat dengan kerajaan Perikatan Nasional membidas Pengarah Komunikasi Amanah, Khalid Samad atas...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd