• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, September 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Redzuan Mahu Khalid Samad Minta Maaf Kepada Agong

oleh
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PETALING JAYA – Seorang bekas menteri Kabinet yang bersepakat dengan kerajaan Perikatan Nasional membidas Pengarah Komunikasi Amanah, Khalid Samad atas kata-kata yang menurutnya seolah-olah mempersoalkan kredibiliti Yang di-Pertuan Agong.

Redzuan Yusof berkata ucapan Khalid pada satu ceramah baru-baru ini selepas Muhyiddin Yassin mengangkat sumpah perdana menteri juga menganginkan istana mengamalkan pilih kasih kaum.

“Siapa Khalid untuk mempersoalkan perlembagaan?” kata Redzuan, bekas menteri pembangunan usahawan.

“Dia tidak boleh melemparkan keraguan ke atas kredibiliti Agong. Khalid Samad harus minta maaf,” katanya kepada FMT.

Khalid dalam klip video yang tersebar di media sosial mendakwa Pakatan Harapan, yang menamakan Anwar Ibrahim untuk memimpin kerajaan baru, mempunyai bilangan secukupnya.

“Tapi Agong tak yakin. Kerana apa? Kerana 100 lebih itu, hanya dalam 40 sahaja orang Melayu dan yang bukan Melayu 60 lebih,” katanya pada satu ceramah Khamis lepas.

Sebelum ini dilaporkan kira-kira 2/3 ahli Parlimen yang menyokong PH adalah bukan Melayu.

Ketika PH menamakan Anwar sebagai perdana menteri, gabungan itu ada sekurang-kurangnya 92 ahli Parlimen dari DAP, PKR, dan Amanah. Daripada jumlah tersebut, 59 bukan Islam, sementara hanya 33 Melayu/Islam.

Redzuan berkata Muhyiddin ada lebih dari cukup akuan berkanun yang menyokongnya sebelum bertemu Agong.

Ucapan Khalid juga mengundang kritikan daripada bekas perdana menteri Najib Razak, mengatakan bekas menteri Wilayah Persekutuan itu “tidak bertanggungjawab”.

“Ia boleh menghasut bukan Melayu membenci Yang di-Pertuan Agong.” – FMT

Tags: Al-Sultan AbdullahKhalid SamadRedzuan Md YusofYang di-Pertuan Agong
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Yang di-Pertuan Agong, Raja Permaisuri Sambut Ulang Tahun Perkahwinan Ke-44, Netizen Titip Doa Hingga Jannah

Yang di-Pertuan Agong, Raja Permaisuri Sambut Ulang Tahun Perkahwinan Ke-44, Netizen Titip Doa Hingga Jannah

22/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim dan Raja Permaisuri Agong, Raja Zarith Sofiah hari ini meraikan ulang tahun...

UMNO Junjung Kasih Limpah Ihsan Yang Di-Pertuan Agong Perkenan Najib Jalani Tahanan Rumah

UMNO Junjung Kasih Limpah Ihsan Yang Di-Pertuan Agong Perkenan Najib Jalani Tahanan Rumah

18/09/2026
0

KUALA LUMPUR - UMNO menjunjung kasih kepada Yang di-Pertuan Agong kerana memperkenankan pengampunan bersyarat yang membolehkannya bekas Perdana Menteri, Datuk...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd