• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, July 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kerajaan Campuran BN-PAS Di 4 Negeri Akan Diperinci

oleh
18/03/2019
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Cadangan penubuhan kerajaan campuran di antara Barisan Nasional (BN) dan PAS di empat buah negeri akan diteliti dan diperincikan oleh jawatankuasa kerja yang ditubuhkan bersama UMNO dan PAS.

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, jawatankuasa kerja itu akan melihat secara terperinci cadangan tersebut sebelum ia dibentangkan kepada jawatankuasa induk yang telah ditubuhkan sebelum ini.

“Soal untuk mewujudkan kerajaan campuran adalah perkara yang belum ditentukan, jawatankuasa kerja inilah yang akan melihat secara terperinci kalau ada keperluan untuk kerajaan campuran dan sebagainya.

“Jadi mereka perlu bentang kepada jawatankuasa induk dan jawatankuasa induklah yang akan melihat dan akhirnya membuat keputusan. Bila ada keputusan, Majlis Tertinggi UMNO akan bincang begitu juga diperingkat tertinggi Pas, jadi memang terlalu awal,” katanya ketika ditemui pemberita di lobi Parlimen di sini, hari ini.

Sebelum ini, Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menegaskan, belum tiba masa untuk parti itu membincangkan cadangan menubuhkan kerajaan campuran bersama BN.

Katanya, cadangan UMNO supaya kerjasama parti itu dipererat dengan mewujudkan kerajaan campuran di empat negeri yang ditadbir BN dan PAS, perlu diteliti dengan lebih terperinci.

Sementara itu, tambah Ismail Sabri, kerjasama di antara UMNO dan PAS yang dahulunya kelihatan longgar dan tidak berstruktur dilihat berubah menerusi penubuhan jawatankuasa khas kedua-dua parti baru-baru ini.

“Hubungan kita longgar dan tiada struktur sebelum ini tetapi sekarang sudah berstruktur apabila kita menubuhkan jawatankuasa induk secara bersama.

“Tetapi kita belum ada perincian apa kerjasama lagi untuk masa depan yang boleh kita lakukan bersama,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tags: Barisan Nasional (BN)PASUMNO
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

DAP Tidak Perkauman, Pernah Kerjasama Dengan PAS – Kah Leong

DAP Tidak Perkauman, Pernah Kerjasama Dengan PAS – Kah Leong

01/07/2026
0

KUALA LUMPUR - Ketua Pemuda Pakatan Harapan (PH), Woo Kah Leong menegaskan DAP tidak pernah mengaitkan perihal politik dengan isu...

Rakyat Johor Tolong Tunaikan Hasrat Kor Ming Letak Jawatan – Akmal

Rakyat Johor Tolong Tunaikan Hasrat Kor Ming Letak Jawatan – Akmal

30/06/2026
0

JOHOR BAHRU - Bangsa Johor boleh membantu menunaikan hasrat Timbalan Pengerusi Kebangsaan DAP, Nga Kor Ming untuk melepaskan jawatan menteri....

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd