• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kekecohan UM: Lokman Adam, 3 Lagi Dibenar Ikat Jamin

oleh
28/03/2019
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Lokman Noor Adam bersama tiga yang lain yang didakwa di Mahkmah Majistret hari ini berikutan insiden melibatkan beberapa penuntut Universiti Malaya (UM) pada Jumaat lalu mengaku tidak bersalah di atas pertuduhan yang dikenakan ke atas mereka.

Tiga individu yang turut didakwa ialah Datuk Mutalif Abdul Rahim, 47; Salmon Arif Budiman Muchlis, 47; dan Mohd Norzafikah Mohammed Nawi, 43.

Pertuduhan keatas mereka dibacakan oleh juru bahasa mahkamah dan pendakwaan dilakukan oleh pendakwaraya, Adam Mohamed dan Iznina Hanim Hashim di hadapan Majistret Umzarul An Nur Umar.

Lokman didakwa atas tiga pertuduhan iaitu mendatangkan kecederaan, mengoyakkan plakad dan menggunakan kekerasan jenayah.

Manakala, Mutalif pula turut didakwa atas tiga pertuduhan sama iaitu kerana mendatangkan kecederaan dan menggunakan kekerasan jenayah.

Dua lagi individu yang didakwa masing-masing dituduh mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan dan Seksyen 352 Kanun Keseksaan kerana menggunakan jenayah kekerasan.

Lokman kemudiannya dibenar untuk diikat jamin sebanyak RM9,000 oleh seorang penjamin manakala, Mutalif diikat jamin sebanyak RM6,000.

Dua lagi tertuduh masing-masing diikat jamin RM4,000 setiap seorang.

Sebutan semula bagi keeempat-empat individu terbabit ditetapkan pada 16 Mei depan.

Terdahulu ketika ditemui sebelum prosiding bermula, Lokman mendakwa pertuduhan ke atasnya itu berniat jahat.

Malah, beliau turut menganggap bahawa pertuduhan bagi kesnya itu sebagai terpilih kerana ia membabitkan pelajar yang merupakan penyokong parti DAP.

“Budak-budak DAP yang buat demonstrasi ini berhimpun di depan Restoran Amjal di mana Datuk Seri Najib adakan program mereka berhimpun. Mereka juga tak buat permohonan kepada pihak polis,” katanya.

Dakwanya lagi, dirinya menjadi mangsa dengan didakwa telah mendatangkan kecederaan.

“Saya bersama dua lagi akan didakwa atas dua pertuduhan, pertama atas kesalahan kerana saya mengoyakkan poster yang sudah diputuskan oleh pihak mahkamah di mana orang yang melukis gambar Datuk Seri Najib seperti badut itu iaitu Fahmi Reza sudahpun dijatuhkan hukuman penjara sebulan dan dikenakan denda sebanyak 30,000.

“Kedua, dia mempamirkan satu karikatur yang telah diputus mahkamah berbentuk menghina dan provokasi, dan ketiga dia mengeluarkan kata-kata kesat kepada Najib pencuri perompak,” ujarnya. – Agenda News

Tags: Lokman AdamNajib Tun RazakUniversiti Malaya
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

“Saya Akan Dapatkan Maklumat Daripada Pihak UM” – Zambry

“Saya Akan Dapatkan Maklumat Daripada Pihak UM” – Zambry

16/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) akan mendapatkan maklumat daripada Universiti Malaya (UM) berhubung isu adegan ranjang dalam sebuah...

Kesatuan Mahasiswa UM Desak Pasukan Teater Mohon Maaf Dalam Tempoh 24 Jam

Kesatuan Mahasiswa UM Desak Pasukan Teater Mohon Maaf Dalam Tempoh 24 Jam

16/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Kesatuan Mahasiswa Universiti Malaya (KMUM) mengecam sekeras-kerasnya pementasan teater oleh sebuah pasukan teater kolej di UM yang...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd