• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, August 4, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

KDN Ada Dokumen Komunis Sokong DAP, Kata Annuar

oleh
18/03/2019
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Annuar Musa (BN-Keterah) hari ini mendakwa kerajaan menyimpan dokumen mengatakan unsur-unsur gerakan parti komunis menyokong DAP dalam rusuhan kaum 1969.

Beliau memberitahu Dewan Rakyat bahawa dokumen itu berada di Kementerian Dalam Negeri.

Annuar menjawab Speaker Mohamad Ariff Md Yusof yang meminta beliau menarik balik kenyataan mengaitkan pemimpin DAP dengan komunisme.

Setiausaha agung UMNO itu menafikan dia berkata demikian dan meminta Ariff periksa hansard.

“Catatan sejarah termasuk dokumen yang disimpan oleh KDN dan laporan punca berlakunya 13 Mei adalah unsur-unsur gerakan parti komunis yang memberi sokongan kepada DAP.

“Saya tidak beritahu DAP sebuah parti komunis ataupun pemimpin terpengaruh dengan komunis,” katanya.

Anwar juga memberitahu Dewan Rakyat bahawa komunis juga menyokong Parti Tindakan Rakyat (PAP) sewaktu parti itu ingin menguasai Singapura.

“Parti itu (komunis) ada memberi sokongan-sokongan tertentu kepada pihak-pihak yang tertentu,” katanya.

Beberapa wakil rakyat DAP mempersoalkan Annuar dan menuduh pemimpin UMNO itu cuba memecah-belahkan rakyat berlainan bangsa dan agama.

Annuar menjawab majoriti rakyat beragama Islam menerima dan menjaga semua bangsa dan agama, berbanding nasib orang Islam di Myanmar dan China.

Beliau juga membidas pemimpin DAP kerana mempersoalkan komitmen UMNO kepada kepelbagaian kaum apabila ia menjalin kerjasama dengan PAS. – FMT

Tags: DAPDewan RakyatKomunispakatan harapan
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

DAP Buat Keputusan Kekal Atau Keluar Kerajaan Pada 16 Ogos – Anthony Loke

DAP Buat Keputusan Kekal Atau Keluar Kerajaan Pada 16 Ogos – Anthony Loke

03/08/2026
0

KUALA LUMPUR – DAP akan menyerahkan kepada lebih 4,000 perwakilan parti untuk menentukan sama ada parti itu akan terus kekal...

Pakatan Harapan Juga Mengamalkan Politik Identiti – Zaid Ibrahim

Pakatan Harapan Juga Mengamalkan Politik Identiti – Zaid Ibrahim

03/08/2026
0

KUALA LUMPUR – Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang), Datuk Mohd Zaid Ibrahim menolak tanggapan bahawa gelombang biru dan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd