• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, September 16, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Jangan Bunuh Benih Yang Baharu Tumbuh – Tok Mat

oleh
25/03/2019
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEREMBAN – Timbalan Presiden UMNO yang menjalankan tugas-tugas Presiden parti, Datuk Seri Mohamad Hasan mengumpamakan penyatuan ummah antara UMNO dan PAS ketika ni sebagai benih yang baharu tumbuh.

Menurutnya, jika ia terus disiram dan dibaja maka akan menjadi sebuah pohon yang rendang yang mampu menjadi tempat berteduh oleh rakyat.

“Jangan pula kita nak matikan benih yang baharu tumbuh ini. Ikutlah cara orang tua dulu, yang tanam benih buah durian supaya anak cucu dapat makan, bukan dia nak makan.

“Beza hari ini kita beli pokok yang sudah ada buah supaya kita sendiri yang dapat makan. Jangan cepat sangat nak ambil buahnya, yang penting bagaimana kita nak jaganya,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Makan Malam Bersama Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang di Kompleks PAS Negeri Sembilan di sini, malam tadi.

Katanya, orang bukan Islam jangan risau atau menganggap hubungan UMNO dan PAS sebagai satu gagasan atau deklarasi perang pada orang lain.

“Kita nak bersatu padu perkemaskan struktur masyarakat yang hari ini mula renggang.

“Tak tahu di mana silapnya. Selepas 14 kali PRU diadakan rakyat negara ini pertama kali rasa gelisah duduk di tanah air negeri kerana banyak perkara sensitif yang ditimbulkan,” katanya lagi.

Mohamad berkata, suasana sebegitu perlu dihentikan dengan mencari satu titik persamaan antara semua kaum untuk kehidupan generasi akan datang.

“Janganlah orang lain risau, syak wasangka, dan cemburu sehingga menuduh penyatuan ini akan jadikan negara Taliban.

“Bagi saya yang buat tuduhan itu berfikiran dangkal dan tak arif dengan maksud penyatuan ummah. Buktinya Malaysia yang ditadbir oleh BN selama ini tidak pernah pinggirkan kaum lain,” katanya.

Mohamad berkata, begitu juga dengan PAS yang tidak pernah menjadikan negeri Kelantan yang ditadbirnya sebagai Taliban. – Sinar Harian

Tags: MelayuMohammad hasanPASUMNO
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Kerjasamalah Wahai PAS-UMNO, Jangan Tamak Kerusi

Kerjasamalah Wahai PAS-UMNO, Jangan Tamak Kerusi

06/09/2026
0

KUALA LUMPUR - PAS dan UMNO diingatkan supaya tidak tamak dalam soal pembahagian kerusi sekiranya benar-benar mahu menjayakan kerjasama politik...

UMNO-PAS Jangan Kecewakan Orang Melayu Lagi

UMNO-PAS Jangan Kecewakan Orang Melayu Lagi

05/09/2026
0

KALAU benar UMNO dan PAS mahu menghidupkan kembali penyatuan ummah buatlah betul-betul. Bercakap soal penyatuan tapi macam-macam cekadaknya. Banyak perbedaan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd