Thursday, May 2, 2024

Creating liberating content

Jumlah Denda Langgar SOP...

KUALA LUMPUR - Kementerian Kesihatan (KKM) menafikan dakwaan berkenaan jumlah denda bagi lima...

Krisis PR: Azmin Akan...

KUALA LUMPUR - Menteri Besar Selangor Mohamed Azmin Ali akan menghadap Sultan Selangor...

Raja Permaisuri Agong Sambut...

KUALA LUMPUR - Hari ini tanggal 5 Ogos genap usia Raja Permaisuri Agong,...

TPM Tekad Mahu Banteras...

PUTRAJAYA - Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi memberi jaminan untuk membanteras gejala...

Industri Aeroangkasa: Pelaburan RM9 Bilion 2013-2018

LANGKAWI – Industri aeroangkasa Malaysia telah menarik pelaburan bernilai RM9.01 bilion bagi tempoh enam tahun lepas, kata Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Lokman Hakim.

Beliau berkata, sebanyak 50 projek diluluskan bagi industri itu dalam tempoh berkenaan.

“Pada 2018 sahaja, ia menarik 11 projek dengan pelaburan diluluskan bernilai RM816.3 juta dengan 41 peratus datang daripada sumber asing,” katanya dalam ucapan semasa merasmikan Seminar Industri Aeroangkasa, di sini hari ini.

Seminar itu diadakan bersempena Pameran Maritim dan Udara Antarabangsa Langkawi 2019 (LIMA’19) yang bermula semalam dan akan berakhir pada 30 Mac di Pusat Pameran Antarabangsa Mahsuri (MIEC) dan Resort World Langkawi (RWL).

Lokman berkata, Malaysia mempunyai pelbagai faktor yang betul untuk menjadi pusat penyumberan luar bagi produk dan perkhidmatan aeroangkasa.

Beliau berkata, sejak pelancaran MEASAT-1 pada 1996 dan Pelan Induk Industri Aeroangkasa Malaysia yang pertama pada 1997, industri itu terus mengekalkan pertumbuhan positif dan kini diiktiraf bagi keupayaannya untuk mereka bentuk dan pembuatan bagi komposit, komponen pesawat dan sistem avionik.

“Kita telah membangunkan rantaian bekalan yang kukuh, meliputi pemain industri global dan tempatan serta syarikat seperti Airbus, Boeing dan Rolls Royce,” katanya.


Lokman berkata, untuk menarik lebih banyak pelaburan berkualiti ke dalam industri itu, kerajaan amat menggalakkan usaha sama strategik antara vendor tempatan dan syarikat multinasional untuk menerokai peluang perniagaan yang saling menguntungkan.

“Berdasarkan permintaan terhadap pesawat komersial di rantau Asia Pasifik terus berkembang, kami yakin bahawa industri aeroangkasa di Malaysia akan kekal berdaya maju dan berkembang untuk tahun-tahun akan datang,” katanya.

Beliau berkata adalah juga penting untuk negara mendapatkan lebih banyak pakej kerja “rekaan dan bina” dan menjadi “rakan kongsi yang berkongsi risiko” dengan pengeluar peralatan tulen dari peringkat awal kitaran hayat pesawat.

“Pembangunan teknologi secara giat adalah penting bagi industri aeroangkasa Malaysia untuk terus berkembang. Perlu ada iltizam dan komitmen yang kuat di pihak syarikat tempatan untuk terus meningkatkan kapasiti mereka,” kata Lokman.

Kategori