• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 21, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Hubungan PAS, UMNO Terjejas Teruk Zaman Mahathir

oleh AK-47
13/03/2019
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

ARAU – Kerjasama PAS dan UMNO dilihat semakin kukuh kerana Tun Dr. Mahathir Mohamad yang menjadi individu paling lantang menentang parti Islam itu sejak sekian lama sudah tidak terlibat lagi dengan UMNO.

Exco Pergerakan Pemuda UMNO, Syed Atif Syed Abu Bakar berkata, sejarah Dr. Mahathir sebagai Perdana Menteri keempat dahulu merekodkan banyak peristiwa serta kenyataan yang menggambarkan kebencian Pengerusi Pakatan Harapan itu terhadap PAS.

Katanya, pada masa itu, penyokong kedua-dua parti sama ada di peringkat atasan, pertengahan dan bawahan terikat serta taksub kepartian untuk mempertahankan tindakan pemimpin masing-masing sekali gus menyebabkan percakaran politik terus membarah sehingga menjejaskan hubungan sesama Melayu Islam.

“Sesungguhnya, rata-rata orang Melayu amat bersyukur dan gembira apabila PAS dan UMNO yang sekian lama berseteru memilih untuk bertolak-ansur dan berbaik semula.

“Dalam hubungan UMNO dan PAS, luka dan parut terlalu banyak maka tentunya masih ramai yang kekok, malu-malu dan mungkin rasa kurang selesa untuk duduk bersama dalam sebuah pasukan.

“Namun begitu, masing-masing meletakkan harapan yang tinggi agar usaha penyatuan ummah kali ini dijaga dengan baik dan berkekalan,” katanya di sini, hari ini.

Tambah Syed Atif yang juga Ketua Pemuda UMNO Bahagian Arau, usaha ke arah kerjasama UMNO dan PAS sebenarnya sudah bermula sejak Tun Abdullah Ahmad Badawi mengambil alih tampuk pemerintahan kerajaan daripada Dr. Mahathir.

Namun katanya, pada masa itu, sebahagian besar penyokong PAS masih skeptikal untuk mempercayai cakap-cakap pemimpin UMNO.

“Apabila Datuk Seri Najib Tun Razak mengambil alih jawatan Perdana Menteri, usaha tersebut diteruskan sedikit demi sedikit sehingga akhirnya membuahkan hasil pada hari ini.

“Biarlah Dr. Mahathir dan kawan-kawan baharunya (Pakatan Harapan) terus cuba memecah-belahkan kesatuan orang-orang Melayu. Apa yang penting, barisan kepemimpinan UMNO dan PAS kini menggalas harapan yang tinggi untuk melupakan segala sengketa lama dan melihat ke hadapan untuk kembali memuliakan Islam, memartabatkan kedudukan bangsa Melayu dan mendaulatkan raja-raja di tanah air tercinta ini,” katanya.- UTUSAN ONLINE

Tags: Mahathir MohamadPASUMNO
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

PH Dah ‘Meroyan’, Tiba Masa UMNO Keluar Kerajaan Perpaduan – Akmal Saleh

PH Dah ‘Meroyan’, Tiba Masa UMNO Keluar Kerajaan Perpaduan – Akmal Saleh

17/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Sudah sampai masanya untuk UMNO keluar Kerajaan Perpaduan, kata Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Muhamad Akmal Saleh....

PRN Johor: PH Dakwa BN Bakal ‘Terkubur’

PRN Johor: PH Dakwa BN Bakal ‘Terkubur’

17/05/2026
0

JOHOR BAHRU - Pakatan Harapan (PH) Johor yakin dapat ‘menguburkan’ Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor akan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd