• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 27, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Genap 5 Tahun, MH370 Kekal Misteri

oleh
08/03/2019
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

HARI ini genap lima tahun penerbangan Malaysia Airlines MH370 hilang tanpa jejak di selatan Lautan Hindi dan persoalan paling penting dalam misteri penerbangan terbesar di dunia itu masih belum dijawab – di manakah anda dan apa sebenarnya yang terjadi?

Kehilangan pesawat penumpang Boeing 777 yang hilang daripada skrin radar semasa dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Beijing pada 8 Mac 2014, dengan 239 penumpang terus membelenggu fikiran pakar penerbangan, anggota keluarga, sahabat dan seluruh dunia.

Operasi pencarian terakhir pesawat itu berakhir Mei tahun lepas apabila syarikat eksplorasi yang berpangkalan di Amerika Syarikat, Ocean Infinity gagal mengesan pesawat malang itu selepas melakukan pencarian lebih 112,000 kilometer persegi di dasar laut selama lebih tiga bulan tempoh operasi.

Sehingga kini, hanya tiga serpihan sayap, dikenali sebagai flaperon, disahkan berasal dari pesawat Penerbangan MH370.

Laporan berita menunjukkan bahawa penyiasat menemui nombor pada bahagian serpihan itu sepadan dengan nombor siri dan pengenalan yang dimiliki oleh bahagian-bahagian yang dibuat secara unik untuk Malaysia Airlines.

Serpihan sayap kanan ditemui di Saint Denis di Reunion Island pada Julai 2015, dua lagi serpihan lain ditemui di Mauritius pada Mei 2016 dan di sebuah pulau di Tanzania pada Jun 2016.

Selain itu, dilaporkan kira-kira 30 serpihan ditemui orang awam di kepulauan dan pantai Afrika di Lautan Hindi dan kebanyakannya diserahkan kepada pihak berkuasa dengan sebahagiannya disahkan sebagai ‘hampir pasti’ milik pesawat malang itu.

Laporan berita turut memaparkan penyiasat mendapati beberapa keping serpihan itu mempunyai nombor dan huruf stensil yang sama jenis tulisan dan warna digunakan oleh Malaysia Airlines serta beberapa bahagian dengan corak hiasan sepadan dengan Malaysia Airlines dan tidak digunakan oleh mana-mana syarikat penerbangan yang lain.

“Dengan melancarkan semula penyiasatan mungkin cara yang baik jadi kita dapat menentukan dengan lebih konkrit asal-usul 30 atau lebih serpihan bangkai pesawat dan kita dapat merancang dengan teratur lokasi di mana kepingan ini ditemui,” kata seorang pakar penerbangan tempatan, Prof. Dr. Mohd Harridon Mohamed Suffian.

“Memplot 30 keping atau lebih serpihan bangkai itu akan merungkai corak aliran kepingan ini di lautan dan menyusunnya dengan algoritma matematik tertentu, kita mungkin dapat menentukan lokasi kemalangan,” kata juruterbang ujian Universiti Kuala Lumpur (UniKL) baru-baru ini.

Pada Julai tahun lepas, Pasukan Penyiasatan Keselamatan MH370 dalam laporan setebal 449 muka surat, merumuskan bahawa mereka tidak dapat menentukan punca sebenar kehilangan pesawat itu, tetapi tidak menolak kemungkinan ‘campur tangan yang menyalahi undang-undang’ oleh pihak ketiga telah menyebabkan kejadian itu.

Bekas pegawai penyiasat Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), Kapten (B) Abdul Rahmat Omar Tun Mohd Haniff berkata: “Satu-satunya harapan kita adalah untuk menemui dua kotak hitam: perakam suara kokpit (CVR) dengan harapan dapat menunjukkan siapa atau mungkin mengapa atau bagaimana sekiranya ada apa-apa petunjuk; dan dengan perakam data penerbangan (FDR) kita dapat tahu bagaimana (ia terjadi).”

Bekas juruterbang itu berkata mencari dua unit kotak hitam itu sahaja dilihat seperti satu keajaiban, apatah lagi mengekstrak data selepas lima tahun tenggelam enam kilometer di bawah permukaan lautan.

Ahad lepas, semasa acara Peringatan Tahunan MH370 ke-5, Menteri Pengangkutan, Anthony Loke berkata kerajaan Pakatan Harapan (PH) bersedia mendengar cadangan daripada mana-mana syarikat penerokaan atau pencarian dengan petunjuk yang boleh dipercayai dan mempunyai teknologi untuk memulakan semula pencarian.

Mengulas lanjut, bekas ketua juruterbang MAS, Datuk Kapten Nik Ahmad Huzlan Nik Hussain berkata pencarian baharu hanya perlu dimulakan dengan pendekatan baharu kerana ia mungkin agak memakan kos yang tinggi.

Nik Ahmad Huzlan berkata pelancaran semula pencarian itu akan menjadi usaha yang sia-sia sekiranya pasukan penyiasatan tidak mengambil kira atau menolak kemungkinan dan senario tertentu detik terakhir penerbangan itu sebelum kehabisan minyak.

Prof. Dr. Mohd Harridon pula berharap situasi MH370 dikendalikan secara berterusan yang mana banyak pihak akan membantu mengurangkan tekanan emosi waris yang melaluinya.

“Situasi ini masih diselubungi misteri dan diharapkan pada masa akan datang maklumat atau metodologi baharu akan muncul untuk mengurangkan senario,” katanya.

“’Good Night, Malaysian Three Seven Zero’ adalah mesej radio terakhir yang dihantar dari kokpit MH370 dan ia akan terus bermain di fikiran kita serta kehilangan MH370 akan menjadi misteri penerbangan terbesar di dunia sehingga ada petunjuk baharu atau bukti utama yang ditemui,” katanya.

Tags: Malaysia AirlinesMH370
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Mahkamah China Arah Malaysia Airlines Bayar Pampasan RM1.9 Juta Setiap Keluarga Bagi Lapan Kes MH370

Mahkamah China Arah Malaysia Airlines Bayar Pampasan RM1.9 Juta Setiap Keluarga Bagi Lapan Kes MH370

08/12/2025
0

KUALA LUMPUR – Selepas lebih 11 tahun tragedi kehilangan pesawat Malaysia Airlines MH370 berlaku, mahkamah di Beijing akhirnya mengarahkan Malaysia...

MH370: 11 Tahun Berlalu, Mungkinkah Misteri Terungkai?

MH370: 11 Tahun Berlalu, Mungkinkah Misteri Terungkai?

08/03/2025
2

KUALA LUMPUR: Hari ini, genap 11 tahun pesawat Malaysia Airlines MH370 yang membawa 227 penumpang dan 12 kru hilang ketika...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd