• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, September 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bela Guan Eng Tindakan Tak Masuk Akal – Ka Siong

oleh
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Presiden MCA, Datuk Seri Dr. Wee Ka Siong menyifatkan tindakan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng yang mempersoalkan partinya tidak membela selepas mengeluarkan kenyataan berbaur hasutan adalah suatu yang tidak masuk akal.

Ka Siong berkata, ini kerana tindakan itu tidak selari dengan perjuangan partinya yang menolak politik kebencian dan adu bomba.

“‘MCA kenapa tak bela saya?’ Ini soalan tidak masuk akal yang dikeluarkan oleh Menteri Kewangan. Kalau buat kenyataan mengisytiharkan ‘perang’, takkan MCA nak mempertahankan kenyataan berbaur perkauman?

“MCA mengamalkan politik matang dan tidak berminat untuk terperangkap dengan politik kebencian atau mengadu domba,” katanya menerusi hantaran dalam akaun Facebook miliknya di sini, hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Guan Eng menempelak partinya kerana bersungguh-sungguh menyerang kerajaan dan juga dirinya, tetapi bersikap sebaliknya terhadap ‘rakan’ mereka, UMNO dan PAS.

Semalam, menerusi portal Malaysiakini, Guan Eng menyifatkan kerjasama di antara UMNO dan PAS sebagai satu ‘pengisytiharan perang’ ke atas masyarakat bukan Melayu.

Walau bagaimanapun, kenyataan itu diubah daripada ‘pengisytiharan perang’ kepada ‘menyasarkan’.

Ka Siong turut mengingatkan agar beliau berhati-hati sebelum mengeluarkan kenyataan serta menegaskan bahawa dasar MCA adalah untuk memperjuangkan kepentingan semua kaum di Malaysia.

“Guan Eng, mulut jangan celopar lagi. Hari ini dan sampai bila-bila pun saya masih dengan pendirian sama bahawa saya bukan hanya memperjuangkan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) tetapi juga sekolah pondok dan tahfiz.

“Saya cabar Guan Eng agar tunjukkan bukti masa dan tarikh, saya selaku Presiden MCA pernah membantah peruntukan kepada sekolah tahfiz di Dewan Rakyat atau di mana-mana tempat,” tegasnya. – UTUSAN ONLINE

Tags: DAPLim Guan EngMCAWee Ka Siong
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Projek Pengangkutan RM21 Bilion Untuk Pulau Pinang, Anthony Loke Perlu Jelaskan Agihan 13 Negeri Lain

Projek Pengangkutan RM21 Bilion Untuk Pulau Pinang, Anthony Loke Perlu Jelaskan Agihan 13 Negeri Lain

23/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Kerajaan digesa mendedahkan jumlah keseluruhan projek pengangkutan yang diluluskan kepada 13 negeri lain susulan dakwaan Pulau Pinang...

Najib ‘Garis Merah’ DAP, Parti Perlu Bertindak – Kian Ming

Najib ‘Garis Merah’ DAP, Parti Perlu Bertindak – Kian Ming

19/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Bekas pemimpin DAP, Dr. Ong Kian Ming berpandangan parti itu perlu mengambil tindakan lebih tegas sekiranya isu...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd