• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bayi 7 Bulan Antara Penerima Implan Koklea Termuda Asia

oleh
07/03/2019
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEORANG kanak-kanak berumur satu tahun tujuh bulan menjadi antara penerima implan koklea termuda di Asia Tenggara apabila berjaya menjalani pembedahan bantuan pendengaran itu ketika usianya tujuh bulan.

Penasihat Pasukan Hearing Implant Team (HIT) Universiti Sains Malaysia (USM), Prof. Dr. Dinsuhaimi Sidek berkata pembedahan implan koklea yang dijalankan terhadap Kang Rong Chen pada tahun 2018 ketika beliau berusia 7 bulan merupakan satu kejayaan besar kepada Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian

“Kejayaan ini seiring dengan matlamat yang ditetapkan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) untuk memberi intervensi seawal umur enam bulan pertama pada bayi yang dikesan mempunyai masalah pendengaran,” katanya kepada pemberita pada Majlis Pelancaran Kumpulan Sokongan Implan Koklea di Kampus USM pada Khamis.

Pengarah Kampus Kesihatan USM Kubang Kerian, Prof. Datuk Dr. Ahmad Sukari Halim melancarkan kumpulan sokongan itu yang diadakan sempena ‘Hari Pendengaran Sedunia’.

Dr. Dinsuhaimi berkata, pada November 2017 Kang dikenal pasti mempunyai masalah pendengaran sejak umur tiga bulan disebabkan oleh penyakit meningitis yang dihadapinya.

Ujian pendengaran yang lengkap telah dilakukan sejak dari itu bagi mengenalpasti tahap masalah pendengaran beliau.

“Telinga kiri Kang dipasang implan pada Mac 2018. Ketika itu dia berusia tujuh bulan, 16 hari dan enam bulan kemudian implan kedua di telinga kanan pada September 2018 di HUSM Kubang Kerian.

“Pembedahan implan koklea ini amat penting untuk dilakukan pada usia muda, iaitu sebolehnya seawal usia dua tahun ke bawah, malah makin awal diimplan, makin bagus perkembangan bayi tersebut.”

Sejak tahun 2004, HIT USM berjaya menyelesaikan 48 kes implan koklea melibatkan perbelanjaan sebanyak RM 80,000 bagi setiap satu.

Sementara itu, Tan Lian Chern, 34, berterima kasih kepada Nanyang Press atas bantuan kewangan yang membolehkan Kang menjalani pembedahan, dan kini dapat menjalani kehidupan normal seperti kanak-kanak lain.

“Bagaimanapun, ia menjadi cabaran kepada saya dan suami untuk memantau setiap masa pergerakan Kang kerana bimbang beliau akan mencabut alat pendengaran yang dipasang di luar kedua belah telinganya.

“Selepas dua bulan menjalani pembedahan, anak saya menunjukkan perkembangan positif dan boleh mendengar dan menyebut perkataan ringkas seperti susu,” katanya.

Tags: bayiimplan koklea
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Bayi 6 Bulan Ditemukan Meninggal Dunia Di Rumah

Bayi 6 Bulan Ditemukan Meninggal Dunia Di Rumah

26/01/2026
0

GEORGETOWN: Bayi lelaki berusia enam bulan ditemukan meninggal di rumahnya, dalam kejadian di sebuah pangsapuri di Ayer Itam, di sini,...

Bayi Setahun Maut Selepas Tak Sedar Di Rumah Pengasuh, Ada Cedera Pada Abdomen – Polis

Bayi Setahun Maut Selepas Tak Sedar Di Rumah Pengasuh, Ada Cedera Pada Abdomen – Polis

11/12/2025
0

SEREMBAN: Bayi perempuan berusia setahun meninggal dunia selepas dikatakan diambil ibunya dalam keadaan tidak sedarkan diri dari rumah pengasuh dekat...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd