Wednesday, May 15, 2024

Creating liberating content

Sarawak Selamat Daripada ‘Zon...

KOTA BHARU – Kemenangan ke atas Kelantan dalam saingan Liga Super di Stadium...

Hisham Rais Anggap Kerajaan...

SETELAH menggelar bekas setiausaha Tan Sri Khalid Ibrahim sebagai 'anak dara yang kurang...

Suami Isteri Mati Dibunuh...

DUA beradik tiri yang sedang bercinta mengaku membunuh ibu bapa mereka sebelum mayat...

Malaysia, Australia Bincang Kedatangan...

LIMA (Peru) - Kerjasama berkaitan kedatangan migran secara tidak sekata adalah antara topik...

Anak Gadis Parah Dipukul Bapa Guna Tukul

WANITA parah dihentak dengan tukul pemecah dinding dalam kejadian di Parit Sungai Melan, Kuala Kurau, dekat Parit Buntar, semalam.

Ketua Polis Daerah Kerian, Superintendan Omar Bakhtiar Yaacob berkata, pihaknya menerima maklumat mengenai kejadian daripada petugas Hospital Parit Buntar pada 7.25 malam, memaklumkan wanita berusia 24 tahun itu parah dipercayai dipukul menggunakan senjata tumpul.

Menurutnya, susulan laporan itu pihaknya segera menjalankan siasatan dan menahan suspek iaitu bapa mangsa yang berusia 58 tahun di hospital sama.

“Siasatan awal mendapati kejadian berlaku antara jam 5.30 petang hingga 6.30 petang semalam ketika bapa mangsa yang berkerja sebagai tukang rumah dikatakan baru pulang dari berkerja.

“Ketika kejadian, mangsa sedang membaca al-Quran sebelum didatangi bapanya yang secara tiba-tiba bertindak memukul mangsa di kepala menggunakan tukul pemecah dinding.

“Akibat kejadian itu, mangsa parah manakala bapanya yang dipercayai menyesal dengan kejadian itu bertindak menghentak kepalanya pada dinding rumah dan menerima lima jahitan di kepala.

“Suspek juga mengalami keretakan pada tulang tapak tangan kiri akibat tindakan mencederakan dirinya sendiri,” katanya ketika ditemui media selepas menerima kunjungan hormat Ahli-Ahli Majlis Daerah Kerian (MDK) di Ibu Pejabat Polis Daerah Kerian di Parit Buntar, hari ini.

Hadir sama Setiausaha MDK, Norhafisah Mohamad.


Menurutnya, siasatan juga mendapati punca kejadian dipercayai bapa mangsa bertindak demikian kerana mangsa belum menerima pekerjaan selepas mendapat ijazah dalam perakaunan.

“Polis menahan suspek ketika menerima rawatan di Hospital Parit Buntar dan proses permohonan reman akan dibuat hari ini.

“Mangsa yang parah menerima rawatan awal di Hospital Taiping dan kini dirujuk ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) berikutan kecederaan serius dialami kesan hentakan tukul itu.

“Siasatan lanjut masih diteruskan dan kes disiasat mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan,” katanya. – myMetro Online

Kategori